Ikuti Kami:

Lee Sehee Sah Sertai D.O. EXO Dalam Drama Perundangan ‘True Swordsmanship’

Lee Sehee Sah Sertai D.O. EXO Dalam Drama Perundangan ‘True Swordsmanship’

Nampaknya pasangan D.O. EXO atau Do Kyung-soo dalam drama terbaru KBS sudah pus disahkan!

Terbaru, Lee Se-hee yang menempa nama menerusi drama mingguan “Young Lady And Gentleman” disahkan bakal menerajui “True Swordsmanship”.

Wanita itu akan membawa watak Shin A-ra, seorang pendakwa raya senior di Pejabat Pendakwa Raya Daerah Tengah. Dia merupakan orang penting di pejabat tersebut kerana kerja yang kemas selain pandangan yang adil pada setiap situasi. Deria politiknya juga sangat hebat dan dia mempunyai hubungan sosial yang baik dengan orang bawahan dan atasan. Meskipun sedikit berlaga dengan Jin-jung (Do Kyung-soo) iaitu seorang yang mencipta sejarah dalam buku para pendakwa raya, wanita tersebut merupakan seorang yang menjaga dan melindungi orang lain dengan sebaiknya.

lee sehee

“True Swordsmanship” menggambarkan kisah Jin-jung, seorang pendakwa yang menghukum orang yang korup dan tamak dengan cara yang menyegarkan dan mendebarkan, yang akan membolehkan penonton melarikan diri seketika daripada realiti.

Khabarnya bakal memulakan penggambaran tak lama lagi, drama perundangan ini akan menemui penonton pada separuh kedua 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...