Ikuti Kami:

Dah 14 Tahun Berlakon, Lakonan Kang Kiyoung Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’ Raih Pujian

Dah 14 Tahun Berlakon, Lakonan Kang Kiyoung Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’ Raih Pujian

Selain pelakon utama Park Eun-bin, watak Kang Ki-young dalam “Extraordinary Attorney Woo” turut mendapat perhatian penonton.

“Extraordinary Attorney Woo” yang dibintangi Park Eun-bin, Kang Tae-oh, Kang Ki-young, Joo Hyun-young dan ramai lagi, membawa kisah Woo Young-woo seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran. Dengan kejayaan drama bersiri itu, Kang Ki-young telah berjaya meraih populariti, menjadi tumpuan selepas 14 tahun penampilan sulungnya.

Khususnya, penonton telah memuji Kang Ki-young dalam membawa watak sebagai Jung Myung-seok iaitu mentor kepada watak Park Eun-bin. Ramai yang mengatakan bahawa pelakon itu menggambarkan wataknya dengan sempurna tanpa terlalu dramatik atau tidak realistik.

kang kiyoung

Selain itu, Kang Ki-young turut mendapat pujian dek wataknya yang mantap sebagai pelindung kepada Woo Young-woo, demi menjaga kesihatan mentalnya dalam bilik mahkamah. Dengan wajah yang bijak dan penampilan yang kemas, dia berjaya menarik perhatian penonton dengan mudah.

Antara komen pujian yang ditulis mengenai lakonan Kang Ki-young:

Saya suka watak dia. Dia mempunyai sentimen tetapi dia adil dan berkembang ke arah yang lebih baik.

 

Kang Ki-young adalah seorang pelakon yang cemerlang. Dia akan menyerlah sebagai salah seorang pelakon utama dalam drama itu.

 

Watak ini dan pertumbuhannya sangat menggembirakan.

Memang menyerlah watak Kang Ki-young dalam drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...