Ikuti Kami:

Peminat Teruja, Jang Dongyoon Akan Temui Penonton Dalam 5 Naskhah Berbeza Ini 2023 Nanti

Peminat Teruja, Jang Dongyoon Akan Temui Penonton Dalam 5 Naskhah Berbeza Ini 2023 Nanti

Nampaknya, Jang Dong-yoon bakal membintangi pelbagai naskhah pada 2023 nanti.

Pada tahun 2022, Jang Dong-yoon berpeluang untuk menemui penonton menerusi drama “The King of Desert” dan filem “Project Wolf Hunting”.

Pada tahun 2023 akan datang, Jang Dong-yoon nampanya akan lebih sibuk memandangkan dia sudah disahkan akan membintangi 5 naskhah berbeza, dari genre romantik hingga thriller.

Oasis

kbs oasis

“Oasis” ialah sebuah drama berlatar belakangkan Korea Selatan dari tahun 1980 hingga 1990, mengikuti tiga pemuda yang berjuang bermati-matian untuk melindungi impian dan persahabatan mereka serta satu-satunya cinta pertama mereka. Ini juga merupakan drama reunion buat Jang Dong-yoon dan Seol In-ah selepas “School 2017”, serta turut dibintangi Chu Yung-woo. “Oasis” sudah pun memulakan penggambaran pada September lepas dan bakal disiarkan pada separuh pertama 2023 nanti.

My man is cupid

my man is cupid

Selesai menjalani penggambaran pada Ogos lalu, “My Man is Cupid” yang diterajui Jang Dong-yoon dan Nana, membawa kisah seorang pari-pari yang jatuh cinta apabila terkena pahannya sendiri.

Daily dose of sunshine

netflix daily dose of sunshine

“Daily Dose of Sunshine” adalah siri Netflix yang menceritakan tentang pelbagai jenis kejadian yang berlaku di wad psikiatri. Berdasarkan pengalaman sebenar sebenar seorang jururawat psikiatri, drama ini akan berkisar tentang kisah jururawat Jung Da-eun. Menarik perhatian, drama ini akan turut dibintangi Park Bo-young, Lee Jung-eun, Yeon woo-jin dan Yoo In-soo. “Daily Dose of Sunshine” sudah dijadualkan untuk tayang pada 2023.

LDR

jang dongyoon

“LDR” atau “Longdi” adalah sebuah filem yang akan mengikuti kisah pasangan sebaya, yang tinggal di Seoul dan Pulau Geoje, yang menjalinkan hubungan jarak jauh. Dalam filem ini, Jang Dong-yoon akan membawa watak utama lelaki sebagai Do-ha, pendatang baru yang bergelut antara kehidupan kerja dan cinta.

After

filem after

“After” adalah filem yang menggambarkan konfrontasi antara kumpulan pembunuh bersiri yang telah menjadi tajuk utama di Korea dan seorang detektif yang mahu menangkap mereka walau dengan apa cara sekalipun. Selain Jang Dong-yoon, filem ini turut dibintangi Oh Dae-hwan, Jang Jae-ho, Choi Gwi-hwa, Son Jong-hak, dan Shin Seung-hwan.

Korang paling teruja nak tengok Jang Dong-yoon dalam naskhah mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...