Ikuti Kami:

‘My Man Is Cupid’ Diterajui Nana & Jang Dongyoon Tamat Penggambaran

‘My Man Is Cupid’ Diterajui Nana & Jang Dongyoon Tamat Penggambaran

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan Nana bersama Jang Dong-yoon dalam drama baharu!

Untuk pengetahuan, “My Man Is Cupid” membawa kisah seorang pari-pari yang jatuh cinta apabila terkena pahannya sendiri.

Terbaru pada 16 Ogos, seorang jurukamera untuk drama itu telah memuat naik foto para pelakon bersama pasukan produksi di Instagram miliknya. Meskipun dia tidak menyebut sama ada penggambaran drama telah pun selesai namun, gambar kumpulan seperti ini kebiasaannya diambil setelah penggambaran tamat.

my man is cupid

Dalam pada itu, dalam drama ini, Jang Dong-yoon berperan sebagai Chun Sang-hyuk, seorang pari-pari yang tersangkut di bumi selepas membakar sayapnya pada 500 tahun lalu. Bagi mendapatkan semula sayap tersebut, dia bertukar menjadi 28 identiti semasa di bumi. Tidak mampu melupakan cinta pertamanya, Chun Sang-hyuk yang dingin mula membina tembok di sekeliling hatinya agar tiada wanita yang dapat melepasinya, namun semuanya berubah apabila dia terkena panahan dirinya sendiri.

Nana pula akan membawa watak Oh Baek-ryun, seorang pakar bedah veterinar yang kecantikan miliknya telah membuatkan ramai lelaki jatuh cinta pada pandangan pertama. Pun begitu, apabila dia terlibat dengan seseorang, pastinya orang itu akan berdepan dengan krisis yang membahayakan nyawa lantas membuatkan dia serik untuk bercinta lagi.

jang dongyoon nana

Nantikan “My Man Is Cupid” dilaporkan bakal menemui penonton pada tahun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...