Ikuti Kami:

Nana & Jang Dongyoon Sah Terajui Drama Romantik Fantasi ‘My Man Is Cupid’

Nana & Jang Dongyoon Sah Terajui Drama Romantik Fantasi ‘My Man Is Cupid’

Nampaknya gandingan Jang Dong-yoon dan Nana akhirnya menjadi kenyataan!

“My Man Is Cupid” membawa kisah seorang pari-pari yang jatuh cinta apabila terkena pahannya sendiri.

Jang Dong-yoon akan berlakon sebagai Chun Sang-hyuk, seorang pari-pari yang tersangkut di bumi selepas membakar sayapnya pada 500 tahun lalu. Bagi mendapatkan semula sayap tersebut, dia bertukar menjadi 28 identiti semasa di bumi. Tidak mampu melupakan cinta pertamanya, Chun Sang-hyuk yang dingin mula membina tembok di sekeliling hatinya agar tiada wanita yang dapat melepasinya – namun semuanya berubah apabila dia terkena panahan dirinya sendiri.

jang dongyoon nana

Nana pula akan menjadi Oh Baek-ryun, seorang pakar bedah veterinar yang kecantikan miliknya telah membuatkan ramai lelaki jatuh cinta pada pandangan pertama. Pun begitu, apabila dia terlibat dengan seseorang, pastinya orang itu akan berdepan dengan krisis yang membahayakan nyawa lantas membuatkan dia serik untuk bercinta lagi.

“My Man Is Cupid” akan ditayangkan pada tahun ini.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...