Ikuti Kami:

Reunion Dari ‘School 2017’, Jang Dongyoon & Seol Inah Sah Terajui Melodrama ‘Oasis’

Reunion Dari ‘School 2017’, Jang Dongyoon & Seol Inah Sah Terajui Melodrama ‘Oasis’

Nampaknya, Jang Dong-yoon dan Seol In-ah akan sekali lagi bekerjasama untuk sebuah drama!

Pada 31 Ogos, sumber dari drama KBS2 mengumumkan bahawa Jang Dong-yoon, Seol In-ah dan Chu Yung-woo telah disahkan akan membintangi drama akan datang “Oasis”.

Untuk pengetahuan, “Oasis” ialah sebuah drama berlatar belakangkan Korea Selatan dari tahun 1980 hingga 1990, mengikuti tiga pemuda yang berjuang bermati-matian untuk melindungi impian dan persahabatan mereka serta satu-satunya cinta pertama mereka.

kbs oasis

Dalam siri ini, Jang Dong-yoon akan memainkan watak sebagai Lee Doo-hak, seorang yang mempunyai minda cerdas dan jiwa yang ikhlas meskipun dibesarkan dalam kemiskinan. Dia jatuh cinta pandang pertama selepas melihat Oh Jung-shin, pelajar pindahan dari Seoul.

Watak Oh Jung-shin akan dibawa oleh Seol In-ah, yang sentiasa jujur dan yakin. Oh Jung-shin adalah seseorang yang berani untuk menentang ketidakadilan dan sentiasa gigih untuk mencapai impiannya. Setelah melihat ‘chemistry’ kuat mereka dalam “School 2017”, penonton sudah teruja untuk menantikan penampilan Jang Dong-yoon dan Seol In-ah dalam drama “Oasis” pula.

Akhir sekali, Chu Young-woo akan berperan sebagai Choi Chul-woong, kawan zaman kanak-kanak kepada Lee Doo-hak dan juga pesaingnya. Choi Chul-woong mempunyai segala-galanya, tetapi dia tidak dapat memenangi hati seorang gadis.

jang dongyoon seol inah

Dalam pada itu, “Oasis” akan memulakan penggambaran pada bulan September ini selepas sesi pembacaan skrip dan bakal disiarkan melalui KBS2 pada separuh pertama 2023.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...