Ikuti Kami:

“Mungkin Jung Hoyeon Akan Ada Kembar” – Pengarah Kongsi Pelan Untuk ‘Squid Game 2’

“Mungkin Jung Hoyeon Akan Ada Kembar” – Pengarah Kongsi Pelan Untuk ‘Squid Game 2’

Dengan pengakhiran “Squid Game” musim pertama yang agak ‘tergantung’, pasti ramai penonton teruja untuk menantikan musim kedua siri ini kan?

Terbaru, semasa temu bual bersama dengan Deadline, pengarah Hwang Dong-hyuk telah mendedahkan bahawa dia sedang berusaha keras untuk menghasilkan idea bagi musim kedua siri terkenal “Squid Game”. Dia berkata,

Akan ada lebih banyak permainan yang hebat, itu sahaja yang boleh saya katakan. Saya masih bercadang dan mengumpul idea untuk musim 2. Saya belum mula menulis lagi.

Seterusnya, apabila ditanya sama ada akan ada kilas balik atau jika watak dari musim pertama akan kembali, dia menjawab sambil ketawa,

Tidak, kerana kebanyakan mereka sudah mati. Tetapi saya akan cuba sesuatu untuk membawa mereka kembali ke musim kedua.

squid game

Dia kemudian memandang Jung Ho-yeon, yang memberi isyarat di sebelahnya di atas permaidani merah, dan berkata,

Mungkin dia akan mempunyai adik kembar, anda akan lihat nanti.

Jung Ho-yeon yang mendengar respon itu terus ketawa kecil dan menjawab,

Saya boleh menukar warna rambut saya. Mari kita lakukan sedikit pembedahan plastik.

Dalam pada itu, “Squid Game” telah berjaya merangkul tiga anugerah di acara ‘Screen Actors Guild’ (SAG) tahun ini dan telah menjadi rancangan Netflix yang paling banyak ditonton sejak ianya dikeluarkan pada 17 September 2021.

kang saebyeok jung hoyeon

Seronok juga kalau Kang Sae-byeok sebenarnya ada kembar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...