Ikuti Kami:

Cipta Sejarah Baru, ‘Squid Game’ Rangkul 3 Anugerah Di SAG Awards

Cipta Sejarah Baru, ‘Squid Game’ Rangkul 3 Anugerah Di SAG Awards

“Squid Game” terus mencipta kemenangan bersejarah!

Anugerah ‘Screen Actors Guild’ (SAG) ke-28 telah berlangsung pada 27 Februari waktu tempatan di Santa Monica, California. Lee Jung-jae dan Jung Ho-yeon masing-masing meraih kemenangan untuk Persembahan Cemerlang oleh Pelakon dalam Drama Siri bahagian lelaki dan wanita, menjadikan mereka pelakon Korea pertama yang memenangi anugerah ini dalam kategori drama bersiri di bawah “Squid Game”. Mereka juga merupakan pelakon pertama warga Asia yang berjaya berbuat demikian.

Jung Ho-yeon melahirkan rasa terkejut dan bersyukur atas kemenangannya dengan memberi ucapan,

Terlebih dahulu, terima kasih banyak-banyak. Saya telah melihat ramai pelakon melalui kaca TV, bermimpi untuk menjadi seorang pelakon suatu hari nanti semasa menonton anda semua. Terima kasih kerana membuat saya bermimpi dan membuka pintu untuk saya. Saya sayang awak krew ‘Squid Game’!

Lee Jung-jae turut memberi ucapan kemenangannya,

Ya ampun. Terima kasih banyak-banyak. Ini benar-benar besar. Saya ada menulis sesuatu, tetapi saya rasa saya tidak boleh membacanya. Terima kasih banyak, Anugerah SAG. Terima kasih kepada penonton global untuk semua cinta anda untuk ‘Squid Game’ dan terima kasih pasukan ‘Squid Game’!

lee jungjae jung hoyeon SAG awards

Tambahan, “Squid Game” juga turut memenangi anugerah Persembahan Aksi Cemerlang oleh Ensemble Stunt dalam Siri Televisyen, dan memberikan mereka sejumlah tiga kemenangan daripada empat pencalonan mereka di bawah siri tersebut.

Tahniah buat semua pasukan yang terlibat untuk “Squid Game”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...