Ikuti Kami:

Selepas ‘Squid Game’, Jung Hoyeon Sah Sertai Siri ‘Disclaimer’ Bersama Cate Blanchett

Selepas ‘Squid Game’, Jung Hoyeon Sah Sertai Siri ‘Disclaimer’ Bersama Cate Blanchett

Nampaknya Jung Ho-yeon sudah memilih projek terbarunya selepas kejayaan “Squid Game”.

Terbaru, model itu diumumkan bakal menyertai siri Apple TV+ “Disclaimer” yang dihasilkan oleh Alfonso Cuarón. Ia juga bakal diterajui oleh pelakon popular iaitu Cate Blanchett, Kevin Kline, Sacha Baron Cohen dan Kodi Smit-McPhee.

Berdasarkan novel Renee Knight dengan nama yang sama, “Disclaimer” ialah siri thriller di mana Catherine Ravenscroft (Cate Blanchett), seorang wartawan dokumentari berjaya yang terperanjat apabila mengenali dirinya dalam sebuah novel ditulis seorang janda (Kevin Kline).

jung hoyeon disclaimer

Jung Ho-yeon akan membawa watak Kim, seorang wanita yang bercita-cita tinggi, bekerja keras dan tak sabar ingin memuaskan hati semua di mana dia percaya bahawa bekerja bersama Catherine Ravenscroft akan menjadi peluang terbesar buatnya.

Rindu kan dengan lakonan Jung Ho-yeon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...