Ikuti Kami:

Meski Terpalit Kontroversi, Song Joongki Buat Penampilan Umum Pertama Selepas Jadi Bapa

Meski Terpalit Kontroversi, Song Joongki Buat Penampilan Umum Pertama Selepas Jadi Bapa

Selepas menjadi bapa, Song Joong-ki telah pun muncul di khayalak ramai buat kali pertama.

Terbaru pada 21 Jun, Song Joong-ki telah menghadiri acara fesyen buat Louis Vuitton Men SS2024, yang diadakan di Pont Neuf Bridge di Paris, Perancis.

Untuk pengetahuan, pada Mei lalu, pelakon lelaki itu telah dilantik sebagai duta terbaru buat jenama mewah tersebut.

Menarik perhatian, ini merupakan penampilan pertama pelakon lelaki itu selepas dia menjadi bapa kepada cahaya mata pertamanya pada minggu lalu.

Selain itu, Song Joong-ki juga dilihat duduk bersebelahan dengan Yuta NCT127 dan BamBam GOT7 di acara berkenaan.

Sementara itu, Song Joong-ki telah dikritik netizen apabila kenyataannya mengenai pelakon lelaki yang hilang pekerjaan selepas menjadi bapa tular.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...