Ikuti Kami:

“Pelakon Lelaki Hilang Kerja Lepas Jadi Bapa” – Luahan Song Joongki ‘Dibahan’ Netizen

“Pelakon Lelaki Hilang Kerja Lepas Jadi Bapa” – Luahan Song Joongki ‘Dibahan’ Netizen

Boleh nampak perbezaan aura Song Joong-ki selepas berkahwin dan menjadi ketua keluarga kini.

Sebelum menimang cahaya mata, lelaki itu telah pun menyertai satu temubual bersama media China iaitu Sina. Antara soalan yang ditanyakan ialah mengenai wajah lelaki itu yang kekal ‘baby-faced’ meskipun sudah menjangkau usia matang kini,

Saya tak kisah tentang itu. Saya tak kisah menjadi tua. Terima kasih kerana memuji yang saya ada wajah muda, tapi saya akan menjadi ayah tak lama lagi dan saya hanya kisahkan bayi itu. Saya tak memilih untuk kelihatan muda, saya hanya nampak natural.

Menjawab mengenai perasaan berjaya dalam karier dan kehidupan peribadi, katanya,

Dalam industri hiburan, menjadi bapa dan suami bermakna pelakon boleh kehilangan kerja. Sepertinya berkahwin dan memiliki anak akan membuatkan projek saya berkurangan. Namun, saya tak kisah mengenai hal itu. Saya tak kisah tentang hal sedemikian. Keluarga adalah lebih penting dari kerja. Tapi saya sayangkan kerja ini dan saya sentiasa mencuba terbaik buat diri sendiri dan keluarga. Saya boleh jadi pelakon, orang, ayah, suami, anak yang baik pada masa yang sama.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan Song Joong-ki ini menimbulkan rasa kurang senang netizen. Kata mereka, lelaki ini sepertinya bercakap tanpa berfikir panjang,

Kenapa pelakon lelaki cakap macam ini, patutnya pelakon wanita..

 

Sejak bila pelakon lelaki tak ada kerja lepas berkahwin??

 

Macam dia yang mengandung, padahal boleh je survive selepas bercerai.

 

Orang pandai pun kadang-kadang cakap benda bodoh.

 

Awak bercakap pasal pelakon wanita ke?

Hmmm.. korang rasa macam mana?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...