Ikuti Kami:

Jadi Ayah Kini, Song Joongki Bakal Bermastautin Di Itali Bersama Keluarga Mentua?

Jadi Ayah Kini, Song Joongki Bakal Bermastautin Di Itali Bersama Keluarga Mentua?

Bergelar ayah kini, sudah pasti ramai tertanya-tanya apakah langkah Song Joong-ki selepas ini dalam hidupnya.

Dua hari lalu, lelaki itu mengumumkan pada peminat bahawa isterinya, Katy Louise Saunders sudah pun selamat melahirkan anak sulung mereka. Menerusi entri itu, Song Joong-ki mendedahkan bahagian tangan bayi lelaki itu dan mendedahkan bahawa dia sedang menjaga mereka kini.

Selepas berita ini, ramai mula menebak bahawa Song Joong-ki mungkin tinggal bersama keluarga mentuanya di Roma, Itali di mana ia merupakan tempat kelahiran Katy. Khabarnya, selepas selesai menghadiri Festival Filem Cannes, lelaki itu terus ke sana untuk bersama isterinya.

song joongki

Ada juga yang menebak mungkin Song Joong-ki bakal meneruskan kehidupannya di sana berbanding Seoul memandangkan lelaki itu yang sudah biasa tinggal bersama mentua, sama seperti di Korea semasa di awal kehamilan isterinya.

Respon agensi Song Joong-ki mengenai khabar angin ini,

Kami hanya mampu mengesahkan bahawa dia tinggal di Roma namun tidak boleh memberikan maklumat lanjut. Pada masa ini, jadual seninya kosong.

Tak kisahlah, asalkan bahagia.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...