Ikuti Kami:

“Bayaran Untuk Lakonan Saya Adalah Sangat Tinggi..” – Song Joongki Buat Pengakuan Jujur

“Bayaran Untuk Lakonan Saya Adalah Sangat Tinggi..” – Song Joongki Buat Pengakuan Jujur

Umum pasti mengetahui bahawa Song Joong-ki merupakan antara pelakon yang menerima bayaran tinggi untuk penampilan mereka dalam setiap projek.

Baru-baru ini, Song Joong-ki telah terlibat dengan satu temu bual khas, bersama media China Sina Entertainment, di mana pelakon itu ada bercakap mengenai filemnya “Hopeless”.

Untuk pengetahuan, Song Joong-ki membintangi filem tersebut tanpa menerima sebarang bayaran, bagi menyokong karya hebat itu.

Mengenai ini, pelakon lelaki itu menjelaskan,

Dalam projek ini, bayaran penampilan bukanlah apa-apa bagi saya. Saya tidak kisah tentang wang. Sebenarnya, saya sangat malu untuk menyebut mengenai hal ini. Saya hanya mahu membuat filem ini dengan sempurna. Apabila saya membaca skrip, saya fikir projek ini memang berbaloi untuk dibuat dan saya mahu mengambil bahagian.

song joongki

Kemudian, dia turut mengaku,

Jika saya mendapat bayaran saya, ia memerlukan belanjawan yang banyak. Bayaran untuk penampilan saya adalah sangat tinggi. Ini tidak bagus untuk filem ini.

Sementara itu, bayaran Song Joong-ki untuk penampilannya dalam “Reborn Rich” telah didedahkan, iaitu mencecah RM1,024,471 untuk setiap episod.

Gempak la Song Joong-ki!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...