Merupakan salah seorang pelakon lelaki Korea popular kini, memang tidak mengejutkan apabila Song Joong-ki menerima bayaran lumayan untuk drama lakonannya.

Terbaru dalam siaran 6 Februari program “Free Doctor”, seorang hos telah mendedahkan bayaran Song Joong-ki untuk setiap episod drama popularnya “Vincenzo” dan “Reborn Rich”. Jelas hos tersebut,
Bintang itu menerima kira-kira $159,000 (RM684,415) untuk setiap episod ‘Vincenzo’ dan $238,000 (RM1,024,471) untuk setiap episod ‘Reborn Rich’.
Ulasnya lagi,
Bayarannya akan menjadi lebih lumayan, dengan pelakon itu sudah membuat kira $7.32 juta (RM31,508,940) sejak dua tahun lalu.
Dalam pada itu, filem Song Joong-ki “My Name is Loh Kiwan” bakal ditayangkan di Netflix nanti.
Fuh masyuk tau Song Joong-ki!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉