Ikuti Kami:

“Berapa Usia Kandungan Itu..” – Netizen Perasan ‘Baby Bump’ Isteri Song Joongki Sejak Disember Lalu

“Berapa Usia Kandungan Itu..” – Netizen Perasan ‘Baby Bump’ Isteri Song Joongki Sejak Disember Lalu

Sepanjang minggu ini masih hangat lagi kisah yang dikorek mengenai Song Joong-ki dan isterinya, Katie Louise Saunders.

Antara salah satu kisah yang kembali menjadi bualan ramai ialah foto memaparkan pasangan itu menghadiri perkahwinan sepupu Katie Louise Saunders di Bali, Indonesia pada 4 Disember lalu.

Menurut telahan baru para netizen, katanya mereka sudah dapat melihat ‘baby bump’ pada wanita tersebut pada ketika itu. Disebabkan itu, semua mula menebak berapakah sebenarnya usia kandungan anak sulung mereka.

song joongki katie louise saunders

Bagi yang belum mengetahui, Song Joong-ki mengumumkan dia sedang dalam perjalanan untuk mendaftarkan perkahwinan bersama kekasihnya, Katie Louise Saunders dalam sebuah entri di laman peminatnya pada 30 Januari lalu. Dalam utusan yang sama, pelakon popular itu mengesahkan mereka bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.

Tajam ya mata netizen..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...