Siap sedia semua untuk filem Netflix baru berjudul “My Name is Loh Kiwan”!

Untuk maklumat, “My Name is Loh Kiwan” adalah filem asal Netflix yang akan dibintangi pelakon Song Joong-ki, Choi Sung-eun, Jo Han-chul, Kim Sung-ryung, Lee Il-hwa, Lee Sang-hee dan Seo Hyun-woo.
Filem tersebut akan mengikuti seorang lelaki muda bernama Loh Ki-wan, yang menyeludup ke Belgium selepas melarikan diri dari Korea Utara, dan seorang wartawan TV yang mengikuti jejaknya.
살아남고 싶어 하는 탈북자 로기완, 더 이상 삶의 의미를 찾지 못하는 마리. 두 남녀가 벨기에에서 만납니다.
<로기완>, 오직 넷플릭스에서.#로기완 #MyNameisLohKiwan #송중기 #최성은 #조한철 #김성령 #이일화 #이상희 #서현우 #넷플릭스 #Netflix pic.twitter.com/qAfel2MBHR
— Netflix Korea|넷플릭스 코리아 (@NetflixKR) February 7, 2023
Dalam naskhah ini, Song Joong-ki akan memainkan watak utama sebagai Loh Ki-wan, seorang pembelot Korea Utara dan dijangka akan tampil dengan penampilan baru yang belum pernah ditunjukkan sebelum ini.
Kemudian Choi Sung-eun akan berperan sebagai Marie, seorang wanita Korea warganegara Belgium. Tidak seperti Loh Ki-wan yang datang ke Belgium untuk hidup, Marie, yang hilang keinginan untuk hidup, secara tidak sengaja jatuh cinta dengan lelaki itu selepas pertemuan pertama dengannya.
Meskipun tarikh tayangan rasmi filem “My Name is Loh Kiwan” belum diumumkan lagi namun, peminat boleh menantikan karya ini bakal disiarkan di Netflix nanti!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉