Ikuti Kami:

Lakonan Raih Pujian, Krystal Luah Rasa Syukur Buat Penonton ‘Crazy Love’

Lakonan Raih Pujian, Krystal Luah Rasa Syukur Buat Penonton ‘Crazy Love’

Dengan episod terakhir yang telah ditayangkan, drama “Crazy Love” sudah pun melabuhkan tirainya semalam.

Untuk pengetahuan, “Crazy Love” membawa kisah seorang CEO yang berpura-pura hilang ingatan kerana dikejar seorang pembunuh ‘bercinta’ dengan setiausahanya yang kononnya menghidap kanser tahap kritikal.

Khususnya, perhatian tertumpu kepada Krystal, yang mempamerkan kemahiran lakonan yang sangat baik dalam memainkan peranan watak utama sebagai Lee Shin-ah, yang menarik simpati dan keterujaan daripada penonton.

kbs crazy love

Melalui agensinya H& Entertainment, Krystal meluahkan perasaannya tentang pengakhiran “Crazy Love”, yang telah diusahakannya sejak sekian lama. Pelakon itu dengan jujur berkata,

Saya rasa saya mempunyai perasaan bercampur baur mengenai penghujung drama ini. Ia satu perasaan yang pahit dan saya juga berbangga kerana saya telah berlari tanpa henti sejak 6 bulan yang lalu.

Selain itu, Krystal turut tidak lupa untuk mengucapkan rasa terima kasihnya kepada pasukan produksi yang membuat drama itu bersama-sama dengannya dan kepada penonton yang memberi sokongan buat karya itu. Katanya,

Kami semua bekerja keras untuk drama ini dan saya berasa lega kerana kami dapat menyelesaikannya tanpa masalah. Saya amat berterima kasih kepada semua penonton kerana menonton ‘Crazy Love’. Saya akan terus menunjukkan persembahan yang lebih baik melalui pelbagai karya.

krystal crazy love

Sementara itu, Krystal juga dalam persiapan untuk projeknya yang seterusnya dalam filem “Cobweb”, yang turut dibintangi Song Kang-ho, Im Soo-jung, Oh Jung-se dan Jeon Yeo-bin.

Korang suka tak dengan ‘ending’ “Crazy Love”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...