Ikuti Kami:

Song Kangho, Im Soojung, Oh Jungse, Jeon Yeobin & Krystal Sah Terajui Filem Komedi Satira ‘Cobweb’

Song Kangho, Im Soojung, Oh Jungse, Jeon Yeobin & Krystal Sah Terajui Filem Komedi Satira ‘Cobweb’

Pengarah terkenal Kim Jee-woon telah mengumpulkan ramai pelakon berbakat, diketuai oleh Song Kang-ho, untuk projek filem seterusnya!

“Cobweb”, diterbitkan oleh Anthology Studios dan Bareunson Entertainment, menandakan projek skrin besar terbaru pengarah Kim Jee-woon dalam kira-kira 4 tahun, sejak tayangan “Illang: The Wolf Brigade” pada 2018.

“Cobweb” akan membawa kisah yang berlaku pada tahun 1970-an, apabila seorang pengarah filem, Kim Gam-dok (Song Kang-ho), menjadi yakin bahawa pengakhiran filem yang baru sahaja dia selesai penggambaran mesti diubah. Hari demi hari, Kim Gam-dok bergelut di bawah tekanan besar dalam fikirannya sendiri untuk mengubah pengakhiran filemnya. Sementara itu, tiada seorang pun pelakon atau sesiapa dari pihak produksi yang memahami pengakhiran baru dibuat oleh Kim Gam-dok. Filem juga berada di bawah penapisan berat pada masa itu, tetapi walaupun menghadapi pelbagai gangguan, Kim Gam-dok meneruskan tujuannya hingga ke akhirnya.

song kangho im soojung oh jungse jeon yeobin krystal filem cobweb

Selain Song Kang-ho, bintang lain yang merupakan sebahagian daripada pelakon utama ialah Im Soo-jung, yang akan memegang watak sebagai Lee Min-jah, isteri Kim Gam-dok dan pelakon veteran, Oh Jung-se akan melakonkan watak Kang Ho-sae, seorang pelakon terkenal yang terkenal dengan pelbagai urusan dalam industri perfileman, Jeon Yeo-bin sebagai wakil dari syarikat produksi, Shin Mi-do, dan Krystal sebagai pelakon baru yang sedang meningkat naik, Han Yoo-rim.

Sementara itu, penggambaran bagi filem “Cobweb” telah dijadualkan untuk bermula pada Mac ini. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...