Ikuti Kami:

Persoalan Terlerai, ‘Crazy Love’ Tamat Dengan Rating Baik

Persoalan Terlerai, ‘Crazy Love’ Tamat Dengan Rating Baik

Tamat lagi satu drama romantik yang menjadi kesukaan ramai iaitu “Crazy Love”.

Sinopis

“Crazy Love” membawa kisah seorang CEO yang berpura-pura hilang ingatan kerana dikejar seorang pembunuh ‘bercinta’ dengan setiausahanya yang kononnya menghidap kanser tahap kritikal.

Bahagia semuanya

[Amaran SPOILER]

Akhirnya Noh Go-jin (Kim Jae-wook) dan Oh Se-gi (Ha Joon) meleraikan salah faham di antara mereka selain memperingati pemergian adik lelaki itu yang dipenuhi prasangka. Bukan itu sahaja, Baek Soo-young juga (Yoo In-young) berdepan dengan Noh Go-jin selepas mempelajari mengenai masa lampau lelaki itu yang kehilangan punca selepas dia memutuskan hubungan mereka. Kini, mereka semua sudah bersedia untuk memulakan kehidupan baru dan melupakan segala luka lama.

Lee Shin-ah (Krystal) juga memilih untuk menjadi pengajar di institusi lain meskipun dihalang oleh kekasihnya pada awalnya. Namun wanita itu nekad untuk melangkah ke dunia baru atas usaha sendiri dan tidak mahu dikenali kerana bantuan Noh Go-jin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KBS 드라마 (@kbsdrama)

Kedua mereka akhirnya memeterai perjanjian sehidup semati dengan satu sama lain dan menjanjikan bahagia selamanya.

Rating baik

Walaupun bermula biasa pada awalnya, “Crazy Love” menunjukkan prestasi yang baik apabila ratingnya meningkat ke 4% dalam beberapa episod penghujungnya. Malah episod akhirnya berjaya mengekalkan rekod terbaik yang pernah dicatatkan drama itu iaitu 4.4%.

Bagaimana dengan anda, okay tak ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...