Ikuti Kami:

Kisah Manipulasi Pilihan Raya, Son Sukku Dilamar Terajui Filem ‘Troll Farm’

Kisah Manipulasi Pilihan Raya, Son Sukku Dilamar Terajui Filem ‘Troll Farm’

Selepas membintangi “My Liberation Notes”, Son Suk-ku nampaknya sedang menjadi rebutan ramai kini.

Terbaru pada 29 Julai, News1 melaporkan bahawa Son Suk-ku telah ditawarkan watak utama dalam “Troll Farm”, sebuah filem berdasarkan novel dengan nama yang sama. Berikutan itu, agensi bagi pelakon tersebut memberi respon,

Son Suk-ku telah ditawarkan beberapa projek, dan ‘Troll Farm’ adalah salah satu daripadanya. Dia sedang menyemak tawaran itu secara positif.

Untuk pengetahuan, “Troll Farm” mengikuti mereka yang terlibat dengan skandal manipulasi pilihan raya haram sebagai motif. Ia berkisar tentang ladang troll yang menyusup ke banyak laman web Internet untuk memanipulasi pendapat umum dengan menyiarkan komen berniat jahat.

son sukku

Dalam pada itu, Son Suk-ku juga telah disahkan bakal membintangi siri Disney+ “Casino” bersama Choi Min-sik, Lee Dong-hwi dan ramai lagi, serta baru sahaja menamatkan penggambaran. Bukan itu sahaja, penggambaran bagi siri Netflix “The Murderer & The Toy” bersama Choi Woo-shik, akan bermula pada September ini.

Wah, makin sibuk Son Suk-ku!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...