Choi Wooshik & Son Sukku Dilamar Terajui Siri Netflix ‘The Murderer & The Toy’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Berita gembira buat peminat Choi Woo-shik dan Son Suk-ku!
Menurut laporan media pada 25 Mei, pelakon Choi Woo-shik dan Son Suk-ku telah dipilih untuk membintangi siri thriller komedi Netflix “The Murderer & The Toy”. Berikutan itu, agensi bagi Choi Woo-shik memberi respon,
Choi Woo-shik menerima tawaran untuk muncul dalam ‘The Murderer & The Toy’ dan sedang menyemaknya secara positif.
Begitu juga dengan agensi Son Suk-ku,
Kami sedang menyemaknya secara positif.

Untuk pengetahuan, “The Murderer & The Toy” ialah drama adaptasi webtoon dengan judul yang sama, berkisar tentang seorang lelaki biasa bernama Lee Tang (Choi Woo-shik), yang suatu hari membunuh seorang pembunuh bersiri secara bebas. Selepas melakukan jenayah itu, Lee Tang melarikan diri kerana dia dikejar oleh seorang detektif mahir, Jang Nan-gam (Son Suk-ku).
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai siri ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




