Ikuti Kami:

Jun JiHyun Diselar Netizen, Konon Beri Diskaun Sewa Sebanyak 10% Tapi Ada Penyewa Dakwa Tak Dapat Pun

Jun JiHyun Diselar Netizen, Konon Beri Diskaun Sewa Sebanyak 10% Tapi Ada Penyewa Dakwa Tak Dapat Pun

Disebabkan wabak COVID-19 yang melanda dunia termasuklah Korea yang merupakan antara negara yang menerima akibat yang teruk kerananya, ramai selebriti di sana yang telah menghulurkan bantuan seperti derma dan sebagainya.

Malahan ada ramai artis terkenal seperti Won Bin, Lee NaYeong, Rain, Kim TaeHee dan ramai lagi yang mengurangkan sewa kepada penyewa di bangunan milik mereka sehingga 50% potongan.

Selain itu, pelakon Jun JiHyun juga telah menyertai kempen “Jiran Baik” ini dan telah menghantar mesej kepada semua penyewa di bangunannya bahawa sewa mereka akan dikurangkan sebanyak 10%.

Hartanah yang dimilikinya itu terletak di kawasan Samseong-dong, Nohyeon-dong dan Ichon-dong dan dikatakan bahawa bangunan yang berada di bawah namanya bernilai lebih daripada 87.8 bilion won (RM315,445,864). Malah terdapat laporan mengatakan wanita itu mempunyai wang yang cukup untuk membeli bangunan berharga 34 bilion won (RM122,187,500) secara tunai.

jun jihyun tipu beri diskaun sewa

Namun begitu, laporan terbaru mengatakan bahawa pengurangan sewa tersebut adalah berlainan daripada apa yang disebutkan sebelum ini. Satu lorong kawasan membeli-belah diberikan 5% diskaun tapi kawasan yang lain mempunyai potongan yang berbeza-beza.

Penyewa A menerima 10% potongan hanya kerana risiko tempat itu dikosongkan manakala penyewa B dan C tidak diberikan diskaun langsung.

Bahkan penyewa C tutup pintu sejak Mac kerana masalah kewangan.

Tiada pengurangan sewa kepada penyewa sedia ada atau pun penyewa baru. Jikalau mahu menyewa, anda telah ditetapkan dengan satu harga yang mutlak, jika tidak…”

Apabila penyewa B dipersoalkan mengenai siapa yang mendapat pengurangan sewa, dia menjawab dengan lurusnya.

Saya tidak boleh memberitahu dengan pasti siapa yang mendapat pengurangan sewa. Sekarang ini, bangaunan ini diuruskan oleh ibu bapa Jun JiHyun dan kami menggelarnya sebagai Pengerusi Wang.

Satu wakil rasmi daripada pihak Jun JiHyun juga tidak dapat memberikan kenyataan rasmi mengenai perkara ini dan mengatakan bahawa ia adalah urusan peribadi pelakon tersebut.

Jadi, bukan semualah dapat diskaun 10% tersebut?

Sumber: Sports World

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...