Ikuti Kami:

Diskaun 10% Sewa Untuk Bantu Premis Bisnes Terjejas Dek COVID-19, Netizen Selar Jun Jihyun Kedekut!

Diskaun 10% Sewa Untuk Bantu Premis Bisnes Terjejas Dek COVID-19, Netizen Selar Jun Jihyun Kedekut!

Setakat hari ini sudah 6,284 kes melibatkan COVID-19 yang dilaporkan di Korea dan 42 daripadanya membawa kepada kematian. Disebabkan oleh itu, pihak kerajaan telah menggesa semua penduduk supaya mengelakkan diri daripada keluar daripada rumah sekiranya tidak perlu selain mengambil serius tentang langkah pencegahan yang telah diuar-uarkan oleh kementerian kesihatan.

Oleh kerana ramai penduduk Korea yang dah jarang berjalan di jalanan, kebanyakan tempat tarikan seperti Myeongdong dan Hongdae juga kelihatan kosong tanpa seri. Bisnes yang memenuhi tepi jalan nampak suram kerana jumlah pelanggan yang semakin merosok setiap hari. Bagi membantu penyewa premis perniagaan menghadapi masalah ini, beberapa selebriti yang memiliki hartanah telah membuat keputusan untuk memotong sewa bagi bulan Mac ini. Antara mereka ialah Kim Taehee, Rain, Seo Janghoon, Hong Sukchun dan ramai lagi.

covid-19 di korea

Terbaru, pelakon popular iaitu Jun Jihyun juga telah mengumumkan bahawa dia akan mengurangkan caj kepada penyewa di bangunan miliknya sebanyak 10%. Wanita tersebut memberikan diskaun tersebut untuk sewa Mac dan April bagi yang menduduki bangunan yang terletak di Gangnam, Seoul.

Menurut Jun Jihyun, COVID-19 mungkin telah menyebabkan gangguan kepada operasi bisnes-bisnes tersebut. Dia juga berharap agar menghulurkan sedikit bantuan kepada para penyewa dalam melalui saat-saat genting ini. Bukan itu sahaja, pelakon popular ini juga telah menderma 100 milion won (RM351,905) kepada ‘Hope Bridge National Disaster Relief Association’ untuk membantu dari segala aspek untuk mencegah virus ini.

jun jihyunPun begitu, ada pula netizen yang membandingkan jumlah diskaun Jun Jihyun dan selebriti lain. Ramai yang mempersoalkan kenapa dia hanya memberikan diskaun 10% walhal selebriti seperti Kim Taehee dan Rain mampu mengurangkan sewa sehingga 50%.

Diskaun 10… banyak perkara yang saya mahu cakap tapi saya akan buka mulut.

 

Saya rasa seperti dia cuba menderma sedikit yang mungkin kerana dia dicaci oleh orang ramai.

 

Mungkin sebab saya dah banyak lihat artis lain beri diskaun sehingga 50% tetapi…

 

10%… orang lain potong sehingga 30-40%.

 

Hanya 10%… kalau sewanya ialah 3 milion won maknanya awak boleh bayar 2.7 milion.

Kesian betul dengan artis Korea sebab buat perkara baik pun, mesti ada yang akan bawa cerita buruk. Apa-apa pun, tahniah Jun Jihyun kerana menggunakan kekayaannya untuk membantu orang memerlukan.

Sumber: Ilgan Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...