Ikuti Kami:

Jisoo Digugurkan Dari ‘River Where The Moon Rises’ Dek Kes Buli, Pihak Produksi Kini Cari Pelakon Ganti

Jisoo Digugurkan Dari ‘River Where The Moon Rises’ Dek Kes Buli, Pihak Produksi Kini Cari Pelakon Ganti

Meskipun sudah memohon maaf, namun tuduhan buli yang dijatuhkan atas pelakon Jisoo adalah suatu perkara yang sangat mengecewakan.

Disebabkan hal itu, drama lakonannya yang sedang ditayangkan kini iaitu “River Where The Moon Rises” turut terpalit sekali dengan kontroversi ini. Bahkan mereka turut membatalkan penggambaran yang dijadualkan pada hari ini bagi mencari penyelesain kepada isu berkenaan.

Mungkin sudah sebulat suara, Jisoo dikatakan sudah digugurkan daripada barisan pelakon utama drama bersejarah tersebut. Pihak produksi juga kini dikhabarkan sedang mencari pelakon baru untuk menggantikan watak On Dal yang dilakonkan oleh lelaki itu kini.

jisoo digugurkan dari river where the moon rises

Walaubagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada babak Jisoo yang sudah dirakamkan akan dipotong atau pun bila pelakon baru akan mula menggantikan watak tersebut.

Agak sayang memandangkan “River Where The Moon Rises” berjaya meraih rating yang tinggi kini namun ianya mungkin sedikit terjejas dek isu ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada KBS sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...