Ikuti Kami:

“Tiada Alasan Pada Kesalahan Lalu” – Dituduh Pembuli Besar Ketika Di Sekolah, Jisoo Mohon Maaf

“Tiada Alasan Pada Kesalahan Lalu” – Dituduh Pembuli Besar Ketika Di Sekolah, Jisoo Mohon Maaf

Selepas terpalit dengan kontroversi buli baru-baru ini, Jisoo tampil dengan sebuah tulisan tangan dan memohon maaf kepada semua yang terlibat.

Saya benar-benar memohon maaf kepada semua yang terseksa disebabkan saya. Tiada alasan kepada kesalahan lalu saya. Ia adalah perkara yang tak boleh dimaafkan.

Apabila saya mula berlakon, saya menerima perhatian yang banyak daripada umum meskipun masa lampau yang buruk. Dan disebabkan itu, saya berada dalam situasi ini kini.

Tetapi terdapat sebahagian daripada saya yang berasa bersalah mengani masa lalu dan sesalan itu, sampai terlalu lewat untuk saya berpatah balik dan ianya sering membuatkan saya berasa risau melampau. Saya sentiasa berasa bersalah terhadap masa lampau saya.

Saya mahu meluahkan perasaan kesal saya terhadap semua yang terseksa sepanjang saya bekerja sebagai pelakon. Dan saya akan muhasabah diri dan bertaubat dek masa lalu tersebut di mana ia tak akan hilang sepanjang hidup saya.

Saya berasa terseksa dan bersalah apabila memikirkan yang saya sudah menyebabkan kesakitan kepada hubungan, produser, pelakon dan kesemua staf yang bekerja keras di set penggambaran ‘River Where The Moon RIses’. Saya sangat berharap agara ianya tidak akan terjejas disebabkan saya.

Melutut dengan dua kaki, saya memohon maaf kepada semua yang disakiti oleh saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jisoo (@actor_jisoo)

Hmmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...