Ikuti Kami:

Dituduh Sebagai Pembuli Besar Ketika Di Sekolah, Agensi Jisoo Beri Kenyataan Rasmi

Dituduh Sebagai Pembuli Besar Ketika Di Sekolah, Agensi Jisoo Beri Kenyataan Rasmi

Tiada angin, tiada ribut, pelakon Jisoo secara tiba-tiba dihimpit dengan kontroversi membuli ketika sekolah.

Kisah bermula apabila seseorang daripada forum atas talian memuat naik entri dan menuduh pelakon itu menjadi dalang kepada keganasan di sekolah. “A” mengatakan yang mereka sama-sama bersekolah di sekolah menengah rendah dengan Jisoo daripada 2006 hingga 2008. Katanya,

Kim Ji-soo mempunyai badan yang besar dibandingkan dengan budak-budak sebayanya pada ketika itu. Bermula dari tahun kedua di sekolah menengah rendah pada tahun 2007, dia berkeliaran di sekolah sebagai seorang pelajar nakal dan sentiasa melakukan perkara buruk. Pelajar nakal pada ketika itu termasuk Kim Ji-soo adalah sangat sistematik. Pertama sekali, tak terbayang langsung sesiapa akan cari pasal dengan Kim Ji-soo dab pelajar nakal lain. Jikalau kumpulan itu mengalami sesuatu yang kurang menyenangkan walaupun kecil, kesemua mereka akan bersama-sama memukul orang itu, memijak mereka dengan cara yang hina dan terperinci.

“A” juga mendedahkan bahawa Jisoo dan rakan-rakannya akan memaksa rakan sekelas mereka untuk membeli rokok dan melempar makanan pada pelajar lain sambil tertawa ketika waktu rehat.

Tambah “A” lagi,

Saya dibuli Kim Ji-soo dan pelajar nakal lain pada 2008, tahun ketiga saya di sekolah menengah rendah. Perkataan ‘buli’ sahaja tidak mampu menggambarkan segala-galanya. Saya merupakan mangsa kepada pelbagai keganasan di sekolah seperti disisihkan, dipukul, diugut, dihina selain dihambur perkataan kesat. Ia bermula apabila ‘B’, salah seorang pelajar nakal dalam kumpulan Kim Ji-soo telah merampas sijil hadiah daripada pelajar lain. Saya kemudian menghampiri ‘B’ dan mengatakn bahawa laporan polis akan dibuat sekiranya dia tidak memulangkan kembali sijil tersebut.

Perlakuan saya ini dianggap sebagai penentangan. Selepas itu, kehidupan sekolah menengah rendah saya yang biasa berubah menjadi ngeri. Mereka sangat berhati-hati, memandangkan saya memberi amaran akan melaporkannya kepada polis. Mereka dengan bijaknya menyuruh rakan sekelas lain untuk buli saya supaya mereka tidak terlibat dengan masalah tersebut.

Jelas “A” lagi, kesemua pelajar yang diarahkan oleh kumpulan Jisoo akan menghamburkan kata-kata kesat kepadanya selain mereka turut diugut akan mati di tangan kumpulan tersebuts ekiranya berani bercakap dengan “A”.

Apa yang saya tulis ini hanyalah berdasarkan pengalaman yang dilalui saya, dan masih ramai lagi orang yang melalui kes lebih teruk disebabkan oleh Kim Ji-soo. Saya mahu menulis beberapa daripadanya, namun mangsa lain mungkin tidak bersetuju, jadi saya tidak menulisnya. Sejujurnya, dibandingkan dengan apa yang dilalui oleh saya, hanyalah baisa sahaja. Terdapat banyak lagi kes yang lebih kejam dan teruk, namun tak sepatutnya apa yang ebrlaku pada saya dipandang ringan sahaja.

Selepas daripada pendedahan ini, terdapat dua orang lagi yang tampil menceritakan pengalaman mereka dibuli Jisoo. Seorang mengatakan bahawa pelakon itu selalu memukulnya manakala seorang lagi menyatakan bahawa Jisoo sering menghamun dengan kata-kata kesat.

jisoo buli

Disebabkan oleh kisah ini, agensi Jisoo iaitu KeyEast telah mengeluarkan kenyataan rasmi.

Hello, ini adalah KeyEast. Ini ialah pendirian kami mengenai kandungan yang dilaporkan mengenai pelakon Jisoo yang disebarkan di serata komuniti atas talian.

Kami sedang menyiasat insiden ini dengan serius dan akan cuba sedaya upaya untuk mengesahkannya dengan pelakon kami.

Pertama, disebabkan sudah lama sejak ia mula dibangkitkan, kami meminta anda memahami memandangkan kami memerlukan masa untuk mengesahkan cerita yang benar.

Kami akan menerima laporan menerusi e-mel ([email protected]) mengenai hal ini dan akan mengumpulkan informasi tanpa mengubahnya langsung. Tambahan lagi, jika individu asal dan yang lain mahu tampil ke hadapan, kami mahu mendengar sendiri pandangan mereka mengenai insiden ini.

Selain itu, agensi dan pelakon kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan hal ini. Kami memohon maaf kerana menyusahkan ramai orang.

Walaubagaimanapun, selain daripada isu ini, kami meminta anda supaya tidak mereka cerita mengenai kisah yang tidak disahkan dan menyebarkannya.

Terima kasih.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai hal ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...