Selepas mengeluarkan lagu “Still Life” bersama ahli BIGBANG, T.O.P nampaknya sedang sibuk dengan projek solonya kini.
Terbaru pada 7 Jun, saluran media THE FACT telah mengeluarkan foto ahli BIGBANG T.O.P, yang diiringi kru penggambaran di Manhattan, New York.
Menurut saluran media itu, T.O.P menjalankan penggambaran di pelbagai lokasi di seluruh Manhattan dengan kru yang ramai pada pertengahan bulan Mei lepas. Penggambaran itu berlangsung dengan penjagaan keselamatan yang tinggi, dan dilaporkan melibatkan pelbagai elemen termasuk video, muzik dan seni.
Selain itu, seorang orang dalam turut memberitahu THE FACT,
Walaupun sukar untuk mendedahkan butiran khusus, kandungan ini adalah sebahagian daripada projek kemunculan semula berskala besar yang telah disediakan oleh T.O.P dengan rakan kongsi global. Kandungan itu akan menggambarkan T.O.P dengan banyak identitinya, termasuk sebagai penyanyi, pelakon, dan sebagai manusia.
Bagi yang belum tahu, pada Februari lepas, T.O.P secara rasmi telah meninggalkan agensi YG Entertainment selepas 16 tahun bersama.
Apalah agaknya yang T.O.P akan keluarkan?