Ikuti Kami:

YG Umum BIG BANG Bakal Lancar Lagu Baru & T.O.P Tinggalkan Agensi Selepas 16 Tahun Bersama

YG Umum BIG BANG Bakal Lancar Lagu Baru & T.O.P Tinggalkan Agensi Selepas 16 Tahun Bersama

Ramai yang sebenarnya sedang menantikan BIG BANG untuk melakukan comeback kan?

Terbaru, YG Entertainemnt mengumumkan bahawa kumpulan itu bakal meriliskan lagu baru pada musim bunga ini. Ulas agensi itu,

BIG BANG sudah menyelesaikan rakaman lagu baru mereka dan sedang bersedia untuk merakamkan muzik video.

Bukan itu sahaja, agensi itu turut mengumumkan bahawa T.O.P akan meninggalkan agensi berkenaan selepas 16 tahun bersama.

Kontrak eksklusif T.O.P dan YG Entertainment sudah pun tamat dan dia akan mengambil pelbagai cabaran baru sebagai usahawan dan artis.

Kami menghormati keinginan T.O.P yang mahu meluaskan skop aktiviti individu selain daripada promoso bersama BIG BANG, dan dia sudah berjaya mencapai persetujuan bersama ahli lain.

t.o.p big bang

Ulas agensi itu lagi, T.O.P akan sentiasa bersama dengan aktiviti BIG BANG sekiranya dia mampu pada masa hadapan.

Muzik terbaru daripada BIG BANG ini menandakan comeback pertama mereka selama meriliskan solo “Flower Road” pada Mac 2018 lalu.

Sama-sama kita nantikan lagu baru mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...