Ikuti Kami:

T.O.P BIG BANG Tinggalkan YG Entertainment Untuk Mulakan Perniagaan?

T.O.P BIG BANG Tinggalkan YG Entertainment Untuk Mulakan Perniagaan?

Setelah pengesahan secara rasmi dilakukan untuk meninggalkan YG Entertainment oleh penyanyi dari kumpulan terkenal, BIG BANG iaitu T.O.P, dia kini ingin memulakan perniagaan minuman beralkohol dan perkara itu telah disahkan oleh dirinya sendiri.

Setelah lagu terbaru oleh BIG BANG dilancarkan iaitu “Still Life” yang sehingga kini masih meraih perhatian penonton serta berjaya mengumpul hampir 29 juta tontonan, seorang daripada ahli kumpulan tersebut, T.O.P telah membuat keputusan untuk meninggalkan YG Entertainment namun masih akan tampil bersama BIG BANG atas alasan tertentu.

Pada 5 April lalu, T.O.P sendiri telah memuat naik pesanan khas buat para peminatnya melalui akaun Instagram miliknya. Melalui pesanannya, jelas sekali ia memberikan impak terhadap para peminat yang sudah berada bersamanya sejak dari awal. Malah, tindakan itu meninggalkan seribu tanda tanya oleh para peminatnya yang memikirkan apa langkah seterusnya selepas ini.

Namun pada 7 April, T.O.P telah memuat naik satu gambar di mana ianya merupakan label untuk perniagaan minum beralkohol terbarunya, T’SPOT. Berdasarkan gambar itu, kelihatan juga komen-komen yang ditinggalkan oleh para peminat yang menyokong perjalanan terbaru hidupnya.

https://www.instagram.com/p/CcDYQ5qL1Hs/

Melalui gambar yang dimuat naik, sedikit sebanyak ia berjaya menjawab persoalan para peminat yang masih tetap menyokongnya walaupun dia sudah tidak akan giat bernyanyi bersama BIG BANG. Perniagaan baharunya juga sudah mempunyai akaun secara rasmi di Instagram dan telah meraih hampir 9 ribu pengikut setakat ini.

https://www.instagram.com/p/CcDMV3wvD6P/

Akhirnya, peminat tidak perlu bimbang lagi kerana T.O.P sendiri semestinya mempunyai rancangan yang terbaik untuk dirinya. Diharapkan agar para peminat masih terus memberikan sokongan supaya T.O.P akan masih tampil dalam dunia industri K-Pop.

Teruskan menyokong okey?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...