Ikuti Kami:

“Terima Kasih Untuk 16 Tahun Lalu..” – T.O.P BIGBANG Kongsi Mesej Buat Peminat & Akan Mula Bergerak Solo?

“Terima Kasih Untuk 16 Tahun Lalu..” – T.O.P BIGBANG Kongsi Mesej Buat Peminat & Akan Mula Bergerak Solo?

Selepas keluaran lagu “Still Life”, peminat pastinya curiga tentang langkah BIGBANG yang seterusnya, kan?

Muzik video “Still Life” yang kini telah mengumpul lebih 19 juta tontonan di YouTube, dengan lagu tersebut telah mencipta pelbagai rekod hebat di platform muzik, BIGBANG nampaknya telah membuktikan gelaran mereka sebagai ‘Kings of K-Pop’ yang masih belum pudar.

Walau bagaimanapun, pada 5 April, T.O.P telah meninggalkan satu mesej penghargaan buat peminat dan kakitangan yang telah menjadi salah satu ‘tulang belakang’ buatnya sepanjang menjadi ahli BIGBANG. Mesej yang ditinggalkan T.O.P telah meninggalkan banyak tanda tanya tentang keberadaan dirinya selepas ini. Namun begitu, peminat tetap menghormati segala keputusan yang akan dibuat olehnya.

https://www.instagram.com/p/Cb9-uEyh4UL/

Mesej T.O.P berbunyi,

Akhirnya muzik itu telah keluar.

Saya tidak akan berada di sini tanpa bantuan semua kakitangan YG. Terima kasih semua untuk 16 tahun lalu. Ia amat bermakna bagi saya.

Saya sedang berfikir, saya mungkin akan melalui satu lagi titik perubahan penting dalam hidup saya pada masa ini.

Saya menantikan hari apabila saya akan dapat kembali sebagai lelaki yang dapat memberi inspirasi dalam masa terdekat.

Saya amat berterima kasih kepada peminat saya.

Sekali lagi, terima kasih.

t.o.p bigbang

Apa-apa pun keputusan T.O.P, peminat tetap akan sokong, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...