Ikuti Kami:

“Mungkin Ini Adalah Pengakhiran..” – T.O.P Kongsi Soal Masa Depan BIGBANG & Keluaran Album Solo

“Mungkin Ini Adalah Pengakhiran..” – T.O.P Kongsi Soal Masa Depan BIGBANG & Keluaran Album Solo

Kalau sebut sahaja BIGBANG, mereka pastinya dikenali sebagai kumpulan ‘legend’ dalam dunia K-Pop.

Dalam temu bualnya bersama majalah Prestige Hong Kong, T.O.P telah berkongsi tentang pelbagai perkara. Dari perspektifnya soal kesihatan mental hingga mengenai kerjayanya sebagai artis solo dan ahli BIGBANG.

Sejak awal, saya selalu berkongsi dengan peminat saya bahawa saya berbangga bahawa saya ialah T.O.P BIGBANG. Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya mula berfikir bahawa mungkin ini adalah pengakhiran, dan mungkin tidak akan ada T.O.P BIGBANG buat sementara waktu.

Kata T.O.P sambil ketawa,

BIGBANG ialah kumpulan artis pujaan. Tetapi saya terlalu tua, dan ahli lain juga sudah tua!

bigbang

Selain itu, T.O.P juga berkongsi soal lagu kemunculan semula BIGBANG, yang akan menyertakan mesej kepada peminatnya, serta beberapa mesej tentang sebab dia berehat dari BIGBANG.

Saya benar-benar tidak mahu mengatakan bahawa ini adalah projek terakhir saya. Tetapi secara terus terang, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk saya kembali sebagai T.O.P BIGBANG. Sepanjang lima tahun, cita rasa dan aktiviti muzik kami mungkin jauh berbeza, dan kini muzik BIGBANG dan muzik T.O.P agak berbeza. Saya berada di peringkat dalam hidup di mana saya ingin bangun dengan cabaran dan peralihan baharu.

Menambah keterujaan peminat, T.O.P turut mengulas tentang kerjayanya sebagai artis solo pada masa hadapan dan keluaran album solo pertamanya,

Saya telah memberitahu peminat saya sejak debut, bahawa saya telah merancang untuk kembali dengan album solo pada masa akan datang apabila saya sudah bersedia. Sekarang, saya dah bersedia. Album pertama saya akan keluar tidak lama lagi, dan ia akan menjadi perjalanan pertama saya untuk berkongsi siapa saya sebenarnya.

t.o.p bigbang

Butiran tentang album solonya masih dirahsiakan tetapi apa yang T.O.P boleh jamin,

Anda akan terkejut, kerana saya telah merakam secara berterusan semasa rehat, dan akan terdapat banyak genre berbeza yang disertakan dalam album. Semua lagu adalah dari hati murni saya. Saya menghabiskan banyak keringat dan usaha untuk menjayakan album ini.

Akhir sekali, penerbitan filem cereka yang merangkumi pasukan kreatif dan pelakon global akan dikeluarkan bersama dengan album itu.

Buat pertama kali sejak saya debut 16 tahun lalu, album penuh pertama saya akan dikeluarkan, dan album ini akan dicipta sebagai filem cereka.

t.o.p bigbang

Tak sabarnya nak tunggu projek solo T.O.P!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...