Ikuti Kami:

“Saya Nak Berhenti Jadi Pemuzik” – T.O.P BIGBANG Kongsi Masa Sukar Saat Terlibat Isu Dadah

“Saya Nak Berhenti Jadi Pemuzik” – T.O.P BIGBANG Kongsi Masa Sukar Saat Terlibat Isu Dadah

Setelah lama tiada khabar berita, T.O.P BIGBANG akhirnya berkongsi soal kehidupannya dalam temu bual bersama majalah Prestige Hong Kong.

Sudah lima tahun sejak penyanyi rap Korea Choi Seung-hyun atau lebih dikenali sebagai T.O.P BIGBANG hilang daripada tatapan umum. Kini dia kembali, dengan banyak perkara untuk diperbualkan.

Bagi yang belum tahu, pada 5 tahun lepas semasa T.O.P berkhidmat dalam polis tentera, dia telah terlibat dengan isu penggunaan dadah. Ia telah disebarkan ke dalam berita, di media sosial, dan akhirnya di mahkamah. Dia menyifatkan situasi itu sebagai ‘saat terburuk’ dalam hidupnya. Dia kemudian secara senyap-senyap hilang dari pandangan umum, hanya meninggalkan khabar angin dan spekulasi tentang apa yang berlaku seterusnya. T.O.P berkongsi,

Ini kali pertama saya bercakap secara terbuka soal ini, tetapi saya pernah cuba untuk membunuh diri kira-kira lima tahun lalu. Saya sedar kemudian betapa pedih dan pahitnya kenangan yang akan saya berikan kepada orang sekeliling, keluarga dan peminat di luar sana.

Dia menyambung,

Sebenarnya, saya serius untuk berhenti membuat muzik dan berhenti menjadi pemuzik. Tetapi semasa masa yang sukar, motivasi saya untuk teruskan hidup adalah muzik. Saya menulis lebih daripada 100 lagu dalam tempoh lima tahun yang lalu. Ia menjadi motivasi saya, seperti ingin mengisi rak buku dengan kerja saya. Ia menjadi semangat saya. Saya sedar betapa berharganya untuk membayar balik apa yang saya terima. Saya rasa seperti dilahirkan semula.

t.o.p bigbang prestige

Kesihatan mental adalah topik besar dalam fikiran T.O.P, dan ia juga adalah sesuatu yang dia telah selidik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun ia melibatkan pengalamannya sendiri, dia turut melihat rakan-rakannya bergelut, dan juga kehilangan orang lain kerana membunuh diri. Statistik di negara asalnya sahaja adalah mustahil untuk diabaikan. Menurutnya,

Malangnya, Korea adalah nombor satu dalam kadar bunuh diri di kalangan negara OECD. Sejak lima tahun yang lalu saya telah mengkaji lebih banyak tentang perkara ini, dan di dalam studio saya, saya telah cuba meletakkan mentaliti itu ke dalam muzik saya. Melalui muzik saya, saya ingin memberikan harapan dan impian kepada ramai anak muda yang sedang berputus asa pada masa ini.

Di Korea, terdapat satu kawasan khususnya yang dia rasa perlu untuk pemeriksaan lebih dekat soal kesihatan mental.

Sistem K-pop.

T.O.P menjelaskan,

Saya sendiri bernasib baik kerana saya hanya menghabiskan masa kurang setahun sebagai pelatih sebelum saya debut, iatu masa yang agak singkat. Tetapi selepas itu, saya melihat semua pelatih, lelaki dan perempuan, mereka berada di bawah sistem yang sangat ketat. Mereka diberitahu perkara yang perlu dilakukan dan dilatih seperti robot. Mereka mungkin menjadi popular, mereka mungkin menjadi lebih besar, tetapi dalam hati mereka dan dalam cara yang tidak dapat kita lihat, mereka sedang diasingkan, dan merasa kesepian di dalam.

t.o.p bigbang

Mengenai apa yang T.O.P ingin katakan pada dirinya sendiri pada usia yang lebih muda ialah,

Jadilah lebih berani.

Pasti ramai yang rindukan T.O.P kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...