T.O.P BIGBANG akan mengeluarkan album solo pertamanya!
Pada 2 Mac, T.O.P berkongsi bahawa dia akan menjadi bintang muka depan bagi majalah ‘Prestige’ di Hong Kong. Sehubungan dengan itu, majalah itu turut memberi sedikit gambaran tentang apa yang dibincangkan semasa temu bual bersama idola itu. Antaranya ialah topik seperti tempoh berehat panjang, kesihatan mental, serta rancangan untuk mengeluarkan album solo pertamanya!
T.O.P akan membincangkan bagaimana cintanya terhadap seni dan muzik telah membantunya mengatasi tempoh sukar dalam hidupnya, menceritakan tentang semangat barunya untuk mengubah persepsi kesihatan mental dan bersedia untuk mendedahkan rancangan masa depannya, termasuk album debut solo.
Sejurus selepas informasi ini dikeluarkan, semua peminat amat teruja untuk menantikan keluaran lagu baharu dari T.O.P, memandangkan artis itu telah lama menyepi di dalam industri muzik.
https://www.instagram.com/p/CalmBhxh-en/?utm_source=ig_web_copy_link
Sementara itu, T.O.P baru-baru ini mengumumkan pemergiannya daripada label debut YG Entertainment selepas 16 tahun bersama. Bintang itu akan terus menjadi sebahagian daripada BIGBANG dan akan mengambil bahagian dalam rakaman single kumpulan akan datang, yang ditetapkan untuk keluaran pada 2022.
Tak sabarnya!