Siap sedia semua kerana Park Bo-gum akan menemui penonton menerusi pelbagai projek!
Terbaru pada 14 Julai, Park Bo-gum dilapor akan memainkan watak utama dalam drama baru berjudul “Good Boy”.
Sebagai respon, agensi pelakon itu memberitahu,
Park Bo-gum telah menerima tawaran untuk muncul dalam ‘Good Boy’ dan sedang menyemaknya kini.
Untuk pengetahuan, “Good Boy” akan menceritakan kisah polis, yang memenangi pingat dalam pertandingan antarabangsa dan bersatu untuk menghadapi dunia yang penuh kekasaran dan penipuan.
Info tambahan, drama ini akan ditulis oleh penulis drama “Life On Mars” dan dari pengarah “The Good Bad Mother”.
Sementara itu, Park Bo-gum akan turut menemui penonton dalam drama “You Have Done Well”, bergadingan bersama IU.
Nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉