Ikuti Kami:

“Comel Rambut IU” – Ramai Teruja, Park Bogum & IU Mula Penggambaran ‘You Have Done Well’

“Comel Rambut IU” – Ramai Teruja, Park Bogum & IU Mula Penggambaran ‘You Have Done Well’

Nampaknya, makin ramai yang teruja untuk saksikan gandingan Park Bo-gum dan IU dalam drama “You Have Done Well”!

Bagi yang belum tahu, Park Bo-gum dan IU telah disahkan akan terajui drama “You Have Done Well”, yang menceritakan kisah hidup Ae-soon dan Gwan-shik yang dilahirkan di Pulau Jeju pada tahun 1950-an.

Terbaru, kedua pelakon itu dilihat sedang menjalani penggambaran untuk drama berkenaan, di mana mereka memakai pakaian seragam sekolah dan berhadapan antara satu sama lain di tengah-tengah ladang bunga kanola.

Selepas foto itu tersebar di media sosial, netizen rata-rata semakin teruja untuk menantikan keluaran drama “You Have Done Well” dan menulis,

IU akan keluar dengan rambut bob.

 

Saya sudah menantikan drama itu.

 

Saya teruja walaupun gambar itu berkualiti rendah.

 

Mereka comel!

Dalam drama ini, Park Bo-gum akan menghidupkan watak Gwan-shik, seorang yang sangat rajin dan pendiam. Meskipun tidak tahu bagaimana untuk bertindak sekiranya Ae-soon menangis atau ketawa, dia seorang yang sentiasa menyayanginya dari awal lagi dan mencurahkan segalanya untuk mencintainya.

Manakala IU akan memegang watak Ae-soon, seorang yang suka memberontak tetapi akan gementar setiap kali dia melakukannya. Dia juga bermimpi untuk menjadi seorang penyair walaupun dia tidak dapat pergi ke sekolah dan dia adalah watak berani yang tidak sembunyikan sebarang emosi.

Sama-sama kita nantikan tayangan “You Have Done Well’!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...