Siap sedia semua untuk K-Drama baru bakal menemui penonton di Netflix!
Terbaru pada 4 April, syarikat produksi Pann Entertainment telah mengumumkan bahawa drama “You Have Done Well” akan ditayangkan di Netflix.
Selain itu, syarikat produksi turut memberitahu bahawa mereka telah menandatangani kontrak bersama Netflix Worldwide Entertainment LCC bagi menghasilkan kandungan asal, dah tempoh kontrak adalah sehingga 31 Oktober 2025.
Untuk pengetahuan, “You Have Done Well” akan diterajui Park Bo-gum dan IU, menceritakan kisah hidup Ae-soon dan Gwan-shik yang dilahirkan di Pulau Jeju pada tahun 1950-an.
Dalam drama ini, Park Bo-gum akan menghidupkan watak Gwan-shik, seorang yang sangat rajin dan pendiam. Meskipun tidak tahu bagaimana untuk bertindak sekiranya Ae-soon menangis atau ketawa, dia seorang yang sentiasa menyayanginya dari awal lagi dan mencurahkan segalanya untuk mencintainya.
Manakala IU akan memegang watak Ae-soon, seorang yang suka memberontak tetapi akan gementar setiap kali dia melakukannya. Dia juga bermimpi untuk menjadi seorang penyair walaupun dia tidak dapat pergi ke sekolah dan dia adalah watak berani yang tidak sembunyikan sebarang emosi.
Sementara itu, “You Have Done Well” telah selesai sesi pembacaan skrip dan akan memulakan penggambaran tak lama lagi.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉