Siap sedia semua untuk saksikan gandingan IU bersama Park Bo-gum dalam sebuah drama!
Terbaru pada 27 Januari, syarikat produksi Pan Entertainment telah mengesahkan bahawa IU dan Park Bo-gum akan bergandingan dalam drama akan datang berjudul “You Have Done Well”.
Untuk pengetahuan, “You Have Done Well” akan menceritakan kisah hidup Ae-soon dan Gwan-shik yang dilahirkan di Pulau Jeju pada tahun 1950-an.
Dalam drama ini, IU akan memegang watak Ae-soon, seorang yang suka memberontak tetapi akan gementar setiap kali dia melakukannya. Dia juga bermimpi untuk menjadi seorang penyair walaupun dia tidak dapat pergi ke sekolah dan dia adalah watak berani yang tidak sembunyikan sebarang emosi.
Manakala Park Bo-gum pula akan menghidupkan watak Gwan-shik, seorang yang sangat rajin dan pendiam. Meskipun tidak tahu bagaimana untuk bertindak sekiranya Ae-soon menangis atau ketawa, dia seorang yang sentiasa menyayanginya dari awal lagi dan mencurahkan segalanya untuk mencintainya.
Dalam pada itu, drama ini akan ditulis oleh penulis Im Sang-choon dari “Fight for My Way” dan “When the Camellia Blooms”, serta diarahkan oleh Kim Won-seok dari “Signal” dan “My Mister”.
Tambahan, “You Have Done Well” telah dijadualkan untuk memulakan produksi pada separuh pertama tahun ini. Nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉