Utama Celebrity News Park Bogum Dilapor Sertai YG Entertainment, Ini Respon Agensi

Park Bogum Dilapor Sertai YG Entertainment, Ini Respon Agensi

park bogum sertai YG entertainment

Dengar cerita Park Bo-gum bakal memasuki YG Entertainment, eh betul ke?

Terbaru, YG Entertainment menafikan laporan mengenai Park Bo-gum telah menandatangani kontrak untuk masuk ke agensi tersebut.

Park bogum

Menurut agensi itu,

Ianya tidak benar bahawa Park Bo-gum akan menyertai YG Entertainment.

Mereka berkata lagi,

Memang benar Sean (pengarah YG Entertainment) mempunyai hubungan yang rapat bersama Park Bo-gum, tetapi dakwaan kemasukan pelakon itu adalah tidak benar.

Info tambahan, Park Bo-gum telah menamatkan kontraknya bersama Blossom Entertainment selepas menghabiskan hampir 10 tahun bersama dengan agensi tersebut.

Park bogum Phantom

Untuk maklumat, Park Bo-gum akan membintangi filem berjudul “Wonderland” yang bakal ditayangkan nanti.

Semoga Park Bo-gum okay-okay aje!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERTV REPORT
Loading...