Sudah berusia 30 tahun, Park Bo-gum pastinya ada terfikir soal perkahwinan.
Terbaru pada 5 Julai, program Channel A “Lives of Men These Days: Lessons to Become Good Husbands” telah ditayangkan, di mana ahli iaitu Jang Young-ran, Jung Kyoung-mi, Shim Jin-hwa, Cho Hyang-gi dan Kim Ga-yeon, bertemu dan bercakap tentang suami mereka.
Ketika semua sedang berborak, pasukan produksi menelefon Park Bo-gum dan pelakon itu berkata,
Hai, ini Park Bo-gum.
Seronok menerima panggilan tersebut, lima ahli program itu bertanya,
Adakah awak benar-benar Park Bo-gum? Bilakah hari lahir awak?
Jawab pelakon “Record of Youth” itu,
Hari lahir saya pada 16 Jun. Ini benar-benar saya.
Untuk seketika selepas itu, mereka berlima terus meluahkan rasa cinta kepada Park Bo-gum. Sebelum menamatkan panggilan, mereka bertanya sekiranya lelaki itu berminat untuk menjadi tetamu dalam rancangan tersebut.
Respon Park Bo-gum,
Sudah tentu. Maksud saya, sudah tiba masanya untuk saya menjadi suami sekarang.
Wuu Park Bo-gum dah ada calon ke tu?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉