Selepas sama-sama menjadi duta buat jenama Celine, persahabatan antara Lisa BLACKPINK dan Park Bo-gum nampaknya semakin utuh kini.
Baru-baru ini, Lisa telah pergi ke konsert Bruno Mars di Korea bersama Park Bo-gum, apabila kedua mereka dilihat berjalan masuk menuju ke tempat konsert berkenaan.
Meskipun wajah Park Bo-gum tidak jelas kelihatan dek topi yang menutup mukanya namun, netizen perasan bahawa pelakon lelaki itu pernah memuat naik foto dirinya dengan pakaian yang sama menerusi Instagram.
Selepas khabar angin itu tersebar, pihak Lisa mahupun Park Bo-gum masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi setakat ini.
#LISA spotted at the Bruno Mars concert in 🇰🇷 yesterday with Park Bogum. pic.twitter.com/kfQMzhMyUp
— LALICE UPDATES (@LaliceUpdates) June 19, 2023
Antara reaksi netizen:
Saya sangat terkejut kerana Lisa pergi ke konsert dengan Park Bo-gum, tetapi lebih terkejut apabila melihat orang ramai bercakap tentang Lisa mempunyai teman lelaki.
Park Bo-gum ada muat naik fotonya memakai pakaian yang sama di Instagram.
Mereka hanya kawan rapat! Tiada pasangan selebriti akan bersikap terbuka sebegini.
Biar lah mereka nak berkawan ataupun lebih dari itu kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉