Ikuti Kami:

Satu Agensi Kini, Lisa & Jennie BLACKPINK Dilihat Luang Waktu Bersama Park Bogum

Satu Agensi Kini, Lisa & Jennie BLACKPINK Dilihat Luang Waktu Bersama Park Bogum

Sudah bernaung di bawah agensi yang sama kini, ahli BLACKPINK nampaknya makin rapat dengan pelakon Park Bo-gum.

Terbaru pada 16 Mac, pelakon Amerika Woody Harrelson telah memuat naik fotonya bersama dengan artis di YG Entertainment dan The Black Label.

Khsususnya dalam foto yang dikongsi, pelakon “Now You See Me” itu dilihat bergambar dengan Jennie dan Lisa BLACKPINK, Taeyang BIGBANG dan Park Bo-gum.

Selain itu, Dean Philips, seorang usahawan dan ahli politik yang berjaya juga bergambar bersama mereka, menimbulkan rasa ingin tahu sama ada ini adalah kerjasama untuk sebuah projek pada masa akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Woody Harrelson (@woodyharrelson)

Woody Harrelson turut menulis kapsyen di hantaran yang dikongsi,

Saya mempunyai masa yang paling luar biasa dengan orang muda berbakat ini di Seoul pada beberapa malam yang lalu! Mereka sangat mesra sehingga saya tidak mahu pergi!

Sementara itu, Park Bo-gum dan Taeyang merupakan artis di bawah agensi The Black Label, yang merupakan syarikat bersekutu YG Entertainment.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...