Ikuti Kami:

Buli Mina Selama 10 Tahun, Jimin Diumum Keluar AOA & Hentikan Semua Aktiviti Seni

Buli Mina Selama 10 Tahun, Jimin Diumum Keluar AOA & Hentikan Semua Aktiviti Seni

Angin tak ada, ribut tak ada, bekas ahli kumpulan AOA iaitu Mi-na tiba-tiba mendedahkan bahawa dia dibuli selama 10 tahun sepanjang berada dalam kumpulan idola itu. Walaupun tidak menyatakan nama kepada ahli yang membulinya itu, tetapi Ji-min iaitu ketua AOA telah secara tersirat mengakui bahawa dialah orangnya apabila memuat naik Instagram Story sepertinya menyatakan bahawa cerita Mi-na itu adalah ‘fiksyen’ semata-mata.

Selepas itu, Mi-na terus mendedahkan perangai Ji-min yang berterusan membulinya seperti menyebabkan dia tidak boleh berjumpa dengan ayahnya yang sakit kanser sampailah meninggal dunia malahan ketua kumpulan itu turut mengeluarkan kata-kata tidak baik kepada Mi-na.

aoa jimin buli mina

Lebih mengejutkan apabila selepas itu Mi-na mendedahkan bahawa Ji-min telah muncul di hadapan pintu rumahnya dengan marah-marah bersama staf syarikat dan ahli AOA yang lain. Meskipun hanya memohon maaf selepas mendengar cerita yang panjang namun Mi-na merasakan bahawa permohonan maaf itu adalah tidak ikhlas.

Tak lama kemudian, Ji-min memohon maaf secara terbuka namun mengatakan tindakannya itu adalah untuk memastikan setiap ahli menunjukkan sisi yang baik kepada semua orang dan merupakan salah silapnya sebagai ketua.

Mi-na yang ‘meletup’ telah menolak kata-kata Ji-min itu dan meminta supaya dia berjalan di landasan yang benar dahulu sebelum menyuruh orang lain. Dia juga mendedahkan bahawa ketua kumpulan itu sewenangnya membawa masuk lelaki bagi melakukan hubungan seksual di dalam dorm yang menempatkan 7 orang ahli AOA.

jimin keluar aoa

Selepas cerita yang panjang ini, syarikat naungan AOA iaitu FNC Entertainment mengumumkan bahawa Ji-min sudah pun keluar daripada kumpulan AOA pada 4 Julai kelmarin.

Ini adalah FNC.

Pertama sekali, kami mahu memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan kepada ramai orang berkaitan hal melibatkan Ji-min yang terbongkar baru-baru ini.

Mulai daripada saat ini, Ji-min membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada AOA dan menghentikan kesemua aktiviti seninya dalam industri.

Selain itu, agensi kamu bertanggungjawab kepada seluruh situasi ini dan kami akan memberi fokus bagi memastikan artis naungan kami diuruskan pada masa akan datang. Sekali lagi, kami minta maaf kerana menyebabkan kerisauan bagi perkara yang tidak dijangka ini.

Siapa sangka AOA akan menghadapi masalah seperti ini. Harapnya Mi-na terus tabah menghadapi pelbagai dugaan dan menemui bahagia pada akhirnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...