Cerca Tubuh Badan & Naik Tangan, Mina Dedah Lagi Kisah Dibuli Jimin Semasa Dalam Kumpulan AOA

jimin aoa buli mina

Mengejutkan apabila bekas ahli AOA iaitu Mi-na mendedahkan bahawa ketua kumpulan tersebut, Ji-min telah membulinya selama 10 tahun sepanjang mereka aktif bersama. Bahkan keputusan untuk meninggalkan kehidupan sebagai idola adalah disebabkan tidak tahan dengan layanan buruk yang diterimanya meskipun dia baik dengan ahli AOA yang lain.

Tak cukup dengan pendedahan itu, Mi-na kembali memuat naik kisah lain bagi membuktikan dia dibuli oleh Ji-min daripada awal penubuhan AOA.

Mesti awak rasa susah untuk datang dan memohon maaf kepada saya kan? Setiap kali kita mendapat pengurus baru, mesti awak akan cakap ‘Dia ini sahaja berpura-pura bodoh dan sebenarnya seorang yang menakutkan.’ Kenapa awak boleh kata saya bodoh dan dalam masa yang sama menakutkan? Awak akan cakap bahawa saya sombong kerana saya menghadiri beberapa uji bakat dan apabila saya berusaha keras untuk diet, awak akan cakap, ‘Mi-na, kenapa dengan badan awak? Saya benci melihatnya. Naikkan berat badan!’

Semasa kita masih lagi pelatih, awak akan pukul saya dan memberikan alasan kerana saya berdiri di hadapan. Kami perlu menyapa, ‘Adakah awak tidur dengan baik?’, ‘Ya, saya minta maaf’ dan ‘Terima kasih’ dalam nada formal kepada awak. Semua perlu mengikut arahan awak dan awak boleh membawa sesiapa sahaja pulang ke rumah. Sampaikan ia terlampau bising sehingga saya pergi ke bilik latihan untuk tidur.

Awak akan cakap, ‘Hey, dia ni dah berubah kan sekarang?’ dan asyik cari target dalam kalangan ahli. Baru teringat, ingat tak semasa saya tak sapa awak di salon dan awak memarahi saya, ke awak tak ingat? Itu baru sedikit, banyak lagi perkara yang teruk awak dah lakukan sepanjang 10 tahun ini.

Tetapi terima kasih kepada awak, saya tiada apa yang perlu dirisaukan dan saya tak takut apa-apa. Sebab punca ketakutan saya adalah awak, kehadiran awak menyebabkan saya tertekan. Tak akan awak tak nampak perkara tersebut daripada entri saya sebelum ini? Ia sudah menjaid sebahagian daripada hidup saya dan kini saya sudah melupakan semuanya dan apa yang tinggal hanyalah masalah kesihatan mental ini dan juga beberapa perkataan kasar.

jimin aoa buli mina

Setiap kali saya menulis surat wasiat, saya mesti akan masukkan nama awak. Saya berharap apabila awak membacanya suatu hari nanti, awak akan rasa bersalah. Sudah beberapa kali saya sawan kerana terlampau tertekan sehingga pengsan. Saya akan cuba bunuh diri dan rebah, ibu saya akan menangis dan kakak saya yang sedang melawan kanser selalu ke wad kecemasan disebabkan oleh saya.

Saya tak pernah melawan awak dan pernah ke saya melakukan kesilapan daripada kita masih lagi pelatih sehingga kita sudah menjadi selebriti? Kalau ada, tolong beritahu saya. Adakah awak tak suka saya kerana saya tak pandai mengipas awak? Tetapi saya sudah mencuba sebaik mungkin. Tak kisahlah walaupun saya dimarahi atau pun tidak, saya akan dekati awak sambil tersenyum dan meletakkan maruah saya ketepi.

Saya kagum mendengarkan awak sedang megambil ubat untuk merawat masalah mental dan mengalami masa yang sukar. Awak sudah cakap apa yang awak mahu katakan dan buat semua yang awak mahukan, pentingkan diri sungguh. Saya sangat cemburukan awak. Benar, setiap orang ada kesusahan mereka sendiri tetapi sekurang-kurangnya awak mampu untuk meluahkannya? Saya acap kali terpaksa menahannya.

Kondisi fikiran saya bukanlah dalam keadaan yang baik sekarang ini tetapi orang yang menyebabkannya adalah awak. Orang yang menyebabkan keluarga saya terseksa ialah awak. Suatu ketika dahulu, saya pernah memiliki mental yang kuat. Semasa masih lagi seorang pelatih, saya memujuk diri saya dan mengatakan bahawa awak seorang ketua jadi saya perlu kasihani awak. Tetapi keadaan masih kekal sama sehingga ke hari ini. Saya tak boleh beritahu semua orang awaklah punca kepada kesengsaraan saya.

Namun semuanya mula terbongkar apabila sampai masa untuk memperbaharui kontrak dan keluarga saya mendapat tahu mengenai hal yang sebenar. Ada ke ahli keluarga saya berkata apa-apa kepada awak? Walaupun anak mereka sendiri beberapa kali cuba membunuh diri kerana seseorang itu, tapi mereka tak pernah marah. Awak boleh menangis pada bila-bila masa sahaja dan ada yang akan datang memujuk.

Saya berasa sangat risau sekiranya awak akan memarahi saya lagi selama 10 tahun.. macam mana saya boleh lalui masa tersebut? Akhirnya, saya menelan 200 pil tidur kerana awak. Saya rebah namun saya langsung tidak ingat tentang perkara itu. Saya tulis nama awak dalam kertas A4 dan memohon maaf kepada ibu saya, dan saya masih lagi hidup seperti itu sehingga ke hari ini.

Saya dah hancur sehancur yang boleh. Disebabkan saya, ibu saya juga mengalami kemurungan, adakah awak tahu tentang itu. Awak adalah sebab kenapa saya tidak mahu hidup lagi, saya serius, awaklah sebab utamanya. Kalau pun awak datang untuk meminta maaf, saya sudah rosak jadi saya akan rebah, saya menangis secara tiba-tiba, saya bawa keluar pisau, saya tulis ‘Shin Ji-min’ di atas sehelai kertas. Saya sudah hancur sehingga bersa sakit yang teramat dan saya rasa seperti mahu gila. Saya berasa sangat bersalah kepada ibu, ayah dan kakak.

Boleh tak awak beritahu kenapa awak membenci saya? Dengan apa yang awak lakukan kepada saya, awak tak bolek kata yang awak tak bencikan saya. Saya sangat kecewa dan sedih apabila membuka mata. Rasa seperti mahu gila. Susah betul. Apabila awak duduk di kerusi hadapan dan memandang ke belakang, hati saya pasti berdegup-degup dan memikirkan apa yang awak akan katakan kepada saya.

Saya mahu awak meminta maaf. Tapi apa yang saya akan dapat daripada itu? Saya tak tahu. Tapi saya rasa seperti saya perlu lakukan sesuatu kerana saya berasa sangat marah. Tak ada alasan awak mahu menyeksa saya? Shin Ji-min? Saya harap awak dapat rasa apa yang saya rasa walaupun sehari sahaja. Saya harap dapat kembali ke masa lepas dan tukar sehari dengan awak.

Awak sudah hidup dengan selesa. Cakaplah sesuatu. Saya nak dengar. Apa yang membuatkan awak benci sangat dengan saya. Huh? Saya juga bencikan awak. Kalau bukan disebabkan awak, macam mana saya sekarang ya? Mungkin saya tidak akan menangis setiap hari, mimpi buruk seperti ini dan cuba membunuh diri kan? Sejujurnya saya mahu memberitahu semua orang bahawa saya mempunyai masalah mental kerana awak. Disebabkan itulah saya begini sekarang ini, sedih, kan? Saya dah meletup selepas lama bertahan. Saya tak boleh bertahan dan menyorok lagi.

jimin aoa buli mina

Mi-na kemudiannya menambah dan mengatakan bahawa dia ada memberitahu agensi mereka mengenai perbuatan Ji-min tetapi mereka buat tidak kisah sahaja. Tidak mahu membesarkan cerita, wanita ini cuma mahu ketua kumpulan tersebut memohon maaf atas perbuatan tidak sensitifnya selama 10 tahun lamanya.

Kebanyakan netizen meluahkan rasa sedih dengan layanan buruk yang perlu dilalui Mi-na sepanjang dia aktif di bawah kumpulan AOA. Bahkan ramai yang menyelar Ji-min dan meminta dia supaya mengundurkan diri daripada dunia selebriti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

2 KOMEN

Leave a Reply