Ikuti Kami:

Hadir Marah-Marah Ke Rumah, Mina Tolak Maaf Jimin & Dedah Dia Bawa Balik Lelaki Ke Dorm Untuk ‘Bersama’

Hadir Marah-Marah Ke Rumah, Mina Tolak Maaf Jimin & Dedah Dia Bawa Balik Lelaki Ke Dorm Untuk ‘Bersama’

Masih lagi panas dengan isu pendedahan kes buli Ji-min terhadap bekas ahli AOA iaitu Mi-na. Selepas meluahkan segalanya di laman Instagramnya, ketua kumpulan itu dikatakan telah datang ke rumahnya dengan staf syarikat dan juga ahli AOA yang lain bagi menyelesaikan masalah tersebut secara berdepan.

Pertama sekali, saya mahu memohon maaf kerana tidak dapat mengawal emosi sehingga menyebabkan kekecohan hari ini. Saya tahu saya sudah susahkan ramai orang hari ini dan saya minta maaf.. saya pasti banyak media yang menulis mengenai cerita ini dan mungkin ada yang tidak mahu mengetahui tentang perkara yang mengganggu seperti ini. Ramai yang datang ke rumah untuk berjumpa dengan saya. Minta maaf kerana membuatkan semua risau. Saya seorang selebriti – jadi ada benda yang patut dan tak sepatutnya saya lakukan. Maafkan saya.

Beberapa jam lepas, kesemua ahli dan pengurus hadir ke hadapan pintu rumah saya. Kami duduk dan berbincang. Walaupun saya sedikit terpempan apabila melihat Ji-min datang dalam keadaan yang marah. Saya tanya sama ada dia datang untuk memohon maaf atau memarahi saya. Kami bergaduh lagi. Ji-min asyik meminta pisau dan berkata, ‘Adakah semuanya akan selesai sekiranya saya tiada lagi?’. Tapi kami akhirnya duduk dan mula bercakap.

jimin aoa buli mina

Dia asyik mengatakan kepada saya bahawa dia tidak ingat perkara tersebut dan saya sampaikan semua yang saya ingat. Benar, saya tidak berada dalam keadaan yang baik jadi saya tak ingat secara terperinci. Tetapi saya memandang terus pada matanya dan memberitahu apa yang dia buat dan tidak buat kepada saya. Dia tidak ingat langsung. Rupanya Ji-min ingat sangkakan kami sudah menyelesaikan segalanya semasa pengebumian ayahnya. Saya mengerti, kalau dia tidak mengingati langsung perbuatannya – namun dia tetap meminta maaf. Mungkin dia ingat semuanya sudah selesai.

Tapi perkara itu berlaku ketika di tempat pengebumian. Saya pergi ke sana untuk menunjukkan rasa hormat dan berada di sisinya hanya untuk hari itu. Macam mana satu hari sahaja boleh menyelesaikan 10 tahun yang dipenuhi dengan keseksaan? Tambahan pula, kami tidak bercakap langsung mengenai perkara tersebut. Macam mana kita nak berbincang mengenai perkara tersebut di tempat seperti itu? Jadi pada hari itu, saya hanya memberi fokus untuk memujuknya. Keesokan harinya, saya kembali kepada diri yang asal. Saya tak boleh betulkan apa yang dah hancur dalam masa satu malam sahaja.

Apa pun, saya terus memberitahunya dan kemudian, Ji-min mula meminta maaf berkali-kali. Jadi.. dia memohon maaf dan saya menerimanya. Saya biarkan dia pergi. Saya kemudiannya bersembang lagi dengan ahli yang lain. Saya berjanji akan cuba untuk memperbaiki diri dan tak akan buat apa-apa keputusan yang salah. Saya percaya kedua-dua ayah kami sedang melihat daripada atas sana.

Saya tak boleh tulis penipuan.. jadi, sebenarnya, apabila muncul di hadapan rumah.. saya tak rasa dia rasa bersalah langsung. Tetapi dia asyik memohon maaf.. ya, saya dengar.. tetapi. Saya tak tahu macam mana nak terangkan hal ini. Sejujurnya, saya tak nampak seseorang yang benar-benar mahu meminta maaf. Tapi mungkin saya yang bias kerana perasaan marah terhadap dirinya. Mungkin saya cuba melihat yang buruk sahaja pada dirinya. Mungkin dia maksudkannya, jadi saya tak mahu buat spekulasi. Apa pun, saya mahu tutup kisah ini.

Saya akan cuba bertenang dan dapatkan bantuan profesional. Saya akan cuba dengan kuat. Dan saya tak akan sebabkan kekacauan seperti ini lagi. Saya minta maaf. Saya akan cuba untuk jadi lebih baik pada setiap hari. Saya tahu saya banyak susahkan orang hari ini, saya minta maaf sejujurnya…

Dan saya tahu saya tidak dapat melihat Ji-min secara baik lagi – semasa dahulu pun. Saya mengaku. Saya tak ingat pun dia meminta maaf. Saya hanya mampu terbayang kembali babak dia datang ke rumah saya dalam keadaan marah sahaja. Tapi seperti yang saya katakan, mungkin kerana terlalu marah, ia kelihatan seperti itu. Saya tak boleh ubah fikiran dengan sekejap sahaja tetapi saya akan cuba. Saya cakap saya akan cuba.. Saya tak akan cakap lagi mengenai hal ini. Saya tak pasti sama ada saya menulisnya dengan baik tetapi saya minta maaf.

Tak lama selepas itu, Ji-min pula memuat naik kenyataan pertama daripada dirinya sejak kes ini meletup dalam kalangan media.

Saya tak dapat luahkan semuanya dalam mesej yang pendek tetapi saya berasa bersalah dan saya mahu minta maaf. Saya banyak kekurangan semasa mengemudi kumpulan AOA dan semuanya salah saya.

Saya berasa kesal dan bersalah kerana semasa kami bersama, saya tak mampu memahami Mi-na dan juga menjaganya. Saya cuai.

Semalam pun, saya menangis dan merayu dan menangis lagi. Namun begitu, saya minta maaf kepada Mi-na kerana saya tahu perasannya pada saya susah untuk diubah.

Semasa saya masih lagi muda, saya hidup dengan fikiran bahawa kumpulan saya seharusnya menunjukkan sisi yang baik sahaja kepada staf dan juga orang awam. Tetapi hal itu menyebabkan saya mempunyai pemikiran seorang ketua yang tidak berperikemanusiaan.

Saya memohon maaf kerana menimbulkan kontroversi. Saya minta maaf kerana cuai ketika menulis. Dan yang paling penting, saya meminta maaf kepada Mi-na dan kesemua ahli yang lain yang bekerja keras demi kami berdua.

jimin aoa buli mina

Walaubagaimanapun, Mi-na tampil dengan entri terbaru dan mengkritik kenyataan maaf Ji-min tersebut, Namun entri tersebut sudah pun dipadam tak lama selepas itu.

Minta maaf? Awak minta maaf? Saya akan cakap apa yang saya mahu sebelum pergi. Semalam, awak cakap awak bertindak sedemikian kerana mahu pastikan saya berjalan di atas landasan yang benar. Mendengarkan hal tersebut daripada seseorang yang membawa lelaki dan melakukan hubungan seksual di dalam asrama? Mungkin awak yang patut tetapkan diri pada jalan yang benar dahulu. Sekurang-kurangnya, awak tak patut menipu. Tapi apa? Saya masih ingat lagi pandangan awak semasa masuk ke asrama. Saya akan mati dan membayar awak dengan kebaikan. Kesemua mata dan telinga yang berada di rumah saya, awak semuanya sama sahaja. Shin Ji-min, beruntungnya awak, semua berada di pihak awak. Awak dah menang. Saya dah kalah. Akhirnya, saya kalah juga.

Entri terakhir Mi-na ini nyata menimbulkan kerisauan netizen kerana bimbang wanita itu akan bertindak di luar kawalan.

Nantikan kemas kini selanjutnya mengenai kisah ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...