Ikuti Kami:

Bukti Bakat Lakonan Hebat, 11 Pelakon Korea Ini Berjaya Tembus Pasaran Hollywood

Bukti Bakat Lakonan Hebat, 11 Pelakon Korea Ini Berjaya Tembus Pasaran Hollywood

Bukan sahaja di Korea Selatan malahan, beberapa pelakon ini telah berjaya menceburi pasaran Hollywood dalam kerjaya lakonan mereka.

Dalam artikel kali ini, KimchiDaily akan kongsikan antara pelakon Korea yang pernah membintangi sebuah siri atau filem di Hollywood, setelah membuktikan bakat lakonan mereka yang mengagumkan.

Jom lihat senarai di bawah:

Ma Dongseok

Pertama sekali adalah Ma Dong-seok, yang memang aktif dalam dunia perfileman Korea Selatan. Pada 2021, pelakon itu telah menjadi bintang Hollywood dengan debutnya menerusi filem Marvel “Eternals”, dengan watak sebagai Gilgamesh.

Lee Byunghun

Seterusnya Lee Byung-hun, yang telah bekerja sebagai pelakon di pasaran Korea dan Amerika sejak 2009 lagi. Untuk pengetahuan, pelakon “Squid Game” itu telah muncul dalam filem “G.I. Joe: The Rise of Cobra”, dengan watak sebagai penjahat kuat ‘Storm Shadow’. Kemudian pada 2013, Lee Byung-hun turut tampil dalam sekuel filem tersebut “G.I. Joe: Retaliation”.

Bae Doona

Selepas membuktikan kebolehannya sebagai seorang pelakon di Korea Selatan, Bae Doona telah memasuki dunia Hollywood menerusi filem seperti “Cloud Atlas” dan “Jupiter Ascending”.

Han Hyojoo

Popular dalam dunia K-Drama, Han Hyo-joo juga adalah salah seorang pelakon yang telah melakukan debut mereka di Hollywood. Pada 2019, wanita itu telah membintangi siri televisyen Amerika berjudul “Treadstone” dan berjaya meraih pujian ramai dengan adegan aksinya yang menakjubkan.

Park Seojoon

Korang tahu tak, Park Seo-joon telah mula menjinak dalam dunia hiburan pada 2011, menerusi muzik video Bang Young-guk “I Remember”. Selepas terajui pelbagai drama popular, pelakon lelaki itu akan menceburi pasaran Hollywood dalam salah satu projek Marvel Studios “The Marvels”, bakal ditayangkan di pawagam pada 10 November ini. Jangan lupa tonton!

Lee Junki

Berkat lakonannya yang hebat, Lee Jun-ki telah debut pada 2016 di Hollywood menerusi filem aksi seram “Resident Evil: The Final Chapter”. Khususnya, pelakon lelaki itu telah membuat penampilan istimewa dalam filem itu, sebagai antagonis yang berkawan dengan pelakon utama Milla Jovovich.

Kang Dongwon

Seterusnya dalam senarai adalah Kang Dong-won yang akan membuat penampilan sulungnya di Hollywood melalui filem “Tsunami” di Los Angeles. Setakat tahun lepas, pelakon itu dilihat berada di Singapura, bagi mengikuti pelajaran seni mempertahankan diri sebagai persediaan untuk projek berkenaan.

Youn Yuhjung

Selain itu, pelakon veteran Korea iaitu Youn Yuh-jung turut berjaya mendapat perhatian global dengan wataknya dalam filem Amerika “Minari”, yang ditayangkan pada 2020. Dengan lakonannya sebagai Soonja yang meninggalkan impak hebat, wanita itu telah menjadi selebriti Korea pertama yang memenangi Oscar di Anugerah Akademi ke-93. Memang membanggakan!

Rain

Bukan sahaja dalam bidang nyanyian malahan, Jung Ji-hoon atau lebih dikenali sebagai Rain turut terkenal dalam dunia lakonan. Pada 2008, Rain berjaya menempa nama di Hollywood menerusi filem komedi aksi “Speed Racer” dan juga memenangi Anugerah Filem MTV 2010. Seterusnya pada 2014, dia terus muncul dalam filem aksi Amerika “The Prince”, menyertai Bruce Wills dan Jason Patric.

Jun Jihyun

Sudah lebih 20 tahun pengalaman sebagai pelakon, Jun Ji-hyun juga merupakan antara pelakon Korea Selatan yang disegani ramai. Selain sudah membintangi banyak K-Drama popular, wanita itu juga telah membuat debutnya di Hollywood dalam filem aksi seram “Blood: The Last Vampire” pada 2009, sekaligus mewujudkan nama Inggerisnya, Gianna Jun.

Jeon Jongseo

Baru sahaja debut tiga tahun lalu, Jeon Jong-seo telah mencipta nama di Hollywood menerusi penampilannya dalam filem “Burning” dan “Mona Lisa and the Blood Moon”.

Memang hebat kan mereka semua ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...