Ikuti Kami:

“Jatuh 6 Meter Ke Bawah” – Hampir Lumpuh, Ma Dongseok Kongsi Kisah Duka Jadi Pelakon Aksi

“Jatuh 6 Meter Ke Bawah” – Hampir Lumpuh, Ma Dongseok Kongsi Kisah Duka Jadi Pelakon Aksi

Kalau cakap tentang pelakon filem aksi, nama Ma Dong-seok pastinya akan menjadi sebutan ramai.

Baru-baru ini, Ma Dong-seok telah terlibat dengan satu temu bual khas, menjelang tayangan filemnya “The Roundup: No Way Out”.

Ketika sesi temu bual, pelakon itu mendedahkan bahawa dia telah menghadapi kecederaan teruk, disebabkan babak aksi yang perlu dilakukannya untuk sebuah projek. Dia berkata pada awalnya,

Saya mengalami kemalangan semasa bekerja sebagai pelakon di Korea. Semasa penggambaran di luar negara, sebuah bangunan runtuh dan saya jatuh 6 meter ke bawah. Tulang bahu dan dada saya patah serta tendon achilles terkoyak. Nasib baik saya dilahirkan dengan tulang yang kuat jadi, saya mampu bertahan sehingga tahap ini. Kalau tak, saya boleh lumpuh dari bahagian dada ke bawah.

Kemudian, Ma Dong-seok juga mengaku bahawa dia tidak dapat memulihkan dirinya dengan baik kerana jadualnya yang padat selama 10 tahun selepas kemalangan itu. Jelasnya,

Saya terpaksa mengalami kesan sampingan yang besar dan kecil. Saya juga mengalami gangguan panik. Dalam kes saya, ia bukan gangguan panik disebakan kemurungan tetapi kesan selepas masalah saraf autonomi yang disebabkan patah tulang belakang, sehingga saya tidak dapat bernafas sehingga baru-baru ini.

ma dongseok

Tambahnya lagi,

Walaupun ketika penggambaran, kadang-kadang gangguan itu datang dan saya terpaksa berhenti. Jadi, saya juga tak dapat melakukan sesi temu bual untuk masa yang lama.

Semoga kesihatan fizikal dan mental Ma Dong-seok sentiasa baik-baik sahaja!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...