Ikuti Kami:

Debut Park Seojoon Di Hollywood, Filem ‘The Marvels’ Lancar Video Trailer Pertama

Debut Park Seojoon Di Hollywood, Filem ‘The Marvels’ Lancar Video Trailer Pertama

Akhirnya, penonton akan dapat lihat debut Park Seo-joon dalam projek Hollywood pertamanya tak lama lagi!

Terbaru, Marvel Studios telah melancarkan video trailer pertama filem “The Marvels”, iaitu sekuel kepada “Captain Marvel”.

Bagi yang belum tahu, filem ini akan dibintangi pelakon hebat Brie Larson, Iman Vellani, Teyonah Parris, Samuel L. Jackson dan termasuklah Park Seo-joon.

Menerusi video yang dikeluarkan, penonton teruja melihat penampilan pertama Park Seo-joon dengan wataknya sebagai Putera Yan, iaitu ketua di planet muzik di mana semua orang menyanyi dan berkomunikasi.

Sementara itu, “The Marvels” telah dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam pada 10 November ini.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...