Nampaknya, Park Gyu-young akan sibuk dengan pelbagai projek tahun ini.
Bagi yang belum tahu, Netflix telah mengumumkan bahawa Park Gyu-young akan turut sertai “Squid Game 2”.
Terbaru, pelakon wanita itu telah terlibat dengan satu temu bual susulan tayangan siri Netflix “Celebrity” baru-baru ini. Ketika sesi temu bual, Park Gyu-young mendedahkan perasaannya bakal membintangi musim kedua “Squid Game”,
Saya tak kisah tentang berapa besar skala untuk mana-mana projek. Saya hanya memberi fokus kepada kerja dan watak apakah yang saya akan bawa dalam projek tersebut. Saya ada banyak berfikir.
Sambungnya lagi dengan memberitahu bahawa dia ada rasa gementar,
Biasanya, saya memang akan gementar bila pergi ke sesi pembacaan skrip tetapi saya lebih gementar apabila berjumpa dengan ramai pelakon senior hebat di situ.
Akhir sekali, Park Gyu-young juga turut meluahkan rasa syukurnya kerana berpeluang untuk berjumpa dengan penonton di seluruh dunia menerusi pelbagai projek di laman penstriman,
Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana dapat menunjukkan imej yang baik melalui pelbagai projek di OTT. Ia adalah peluang untuk menceritakan pelbagai kisah dan memainkan pelbagai watak. Saya bersyukur kerana wajah saya muncul di lebih 100 negara, ianya seperti tidak realisitik.
Agak-agaknya Park Gyu-young akan bawa watak apa dalam “Squid Game 2”?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉