Di luar jangkaan, Netflix akhirnya mendedahkan barisan pelakon bagi musim kedua “Squid Game”.
Pada pagi ini, siri itu tanpa amaran telah berkongsi gambar semasa sesi pembacaan skrip musim kedua itu. Teraju utama untuk musim kali ini ialah Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Wi Ha-joon, Im Si-wan, Kang Ha-neul, Park Sung-hoon, Yang Dong-geun dan Gong Yoo.
Netflix sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan barisan pelakon sampingan yang terus menjadi bualan ramai kini. Antaranya ialah Park Gyu-young, Lee Jin-wook, Kang Ae-shim, Lee David, Jo Yu-ri, Won Ji-ahn, Noh Jae-won dan T.O.P (Choi Seung-hyun).
반가운 얼굴들과 새로운 얼굴들이 한 자리에
다시 한 번 세계를 놀라게 할 이야기가 찾아옵니다. <오징어 게임> 시즌2, 오직 넷플릭스에서.#오징어게임 #SquidGame #이정재 #이병헌 #임시완 #강하늘 #박규영 #박성훈 #조유리 #위하준 #양동근 #강애심 #이다윗 #이진욱 pic.twitter.com/qIAfL5YYKh
— Netflix Korea|넷플릭스 코리아 (@NetflixKR) June 29, 2023
Menurut laporan, mereka semua telah menghadiri sesi pembacaan skrip pada 23 Jun bagi persiapan untuk penggambaran utama di mana ianya memulakan rakaman pada musim panas ini.
Sama-sama kita nantikan.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉