Pasti ramai yang makin teruja untuk nantikan tayangan “Squid Game 2” kan?
Terbaru, Netflix telah mengumumkan antara pelakon baru yang akan turut sertai “Squid Game 2” iaitu Im Si-wan, Kang Ha-neul, Park Sung-hoon, Yang Dong-geun, Park Gyu-young, Lee Jin-wook, Kang Ae-shim, Lee David, Jo Yu-ri, Won Ji-ahn, Noh Jae-won dan T.O.P (Choi Seung-hyun).
Pada hari yang sama, Dispatch turut mendedahkan bahawa pelakon utama siri itu iaitu Lee Jung-jae, telah meminta bayaran lebih 1 juta dolar (RM4,680,000) untuk setiap episod drama tersebut.
Dispatch menyatakan,
Netflix tidak mampu mengabaikan permintaan Lee Jung-jae. Lee Jung-jae meminta Netflix mendapatkan jaminan besar lebih 1 juta dolar untuk setiap episod, yang bermaksud bayaran penampilannya untuk satu musim adalah lebih 13 juta dolar (RM 60,840,000), untuk 13 episod.
Bagaimanapun, masih belum ada apa-apa respon lagi dari agensi mahupun Netflix mengenai laporan berkenaan.
Banyak tuu..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉